PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, September 15, 2011

Golongan menentang perpaduan perlu ditentang, kata Sheikh Dr Sulaiman Saloomi

Amat menarik sekali kenyataan yang dibuat oleh Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr Sulaiman Saloomi mengenai golongan yang menolak perpaduan sedangkan dalam masa yang sama mengaku alim. Tambahya, tindakan sesetegah pihak yang menolak perpaduan jelas bertentangan dengan Al Quran dan Hadis yang menyeru umatnya supaya bersatu padu di antara satu sama lain.

Jelasnya lagi, pihak yang bertindak sedemikian sebenarnya tidak mengikut syariat Islam sebenar dan bermuka-muka demi kepentingan peribadi bukannya kepentingan umat sejagat. Islam tidak pernah menyuruh umatnya berpecah-belah, sebaliknya diperintahkan supaya bersatu-padu seperti yang dinyatakan menerusi al-Quran dan hadis.

Beliau berkata, umat Islam harus sedar tanpa perpaduan ia akan memudahkan tugas musuh-musuh Islam yang selama ini sentiasa berusaha memecah-belahkan lagi masyarakat supaya negara akhirnya menjadi porak-peranda.

"Ingat, di luar sana terdapat musuh-musuh Islam yang terdiri daripada golongan kafir musyrik serta fahaman tertentu seperti Syiah yang sentiasa menunggu peluang untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam. Baca selanjutnya  DISINI.- Utusan Malaysia

Dalam konteks negara kita, kata-kata ini sebenarnya menjurus kepada PAS yang selama ini mengaku melaksanakan cara Islam dalam pentadbiran. Begitu juga dengan PKR yang merupakan rakan perjuangan yang kononnya ingin membela rakyat tetapi penuh dengan muslihat untuk kepentingan agenda peribadi pemimpin atasan.

Menyokong parti PAS bukan bermakna mendapat tiket untuk ke Syurga seperti yang dimomokan oleh pemimpin mereka. PAS hanya sebuah pertubuhan politik dan secara kebetulan pemimpin mereka majoritinya mempunyai latar belakang agama. Asas itu tidak cukup untuk menggambarkan parti PAS lebih islamik berbanding dengan parti-parti lain yang diwakili majoriti kaum Melayu seperti UMNO.

Islam memang ada kelebihannya dengan sifat agama yang sah di sisi Allah. Di antara kelebihan-kelebihan Islam ialah tiap-tiap satu amal yang baik diberi balasan sekurang-kurangnya dengan sepuluh kali ganda. Kelebihan ini tidak dapat dicapai dengan pengakuan mulut semata-mata, atau dengan sebab keturunan Islam sahaja, tetapi dicapai hanya dengan amal-amal yang baik, yang sempurna lagi ikhlas untuk beroleh keredhaan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox