PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, September 13, 2011

Nada kecewa Nik Aziz kerana dipertikaikan menjadi calon akan datang

Dalam satu kenyataan media, Nik Aziz seolah-olah dengan nada kecewa meletakkan kepada parti samada untuk mencalonkan namanya bertanding pada pilihanraya akan datang. Jika PAS masih memerlukan khidmatnya menjadi Wakil Rakyat, beliau akan tetap bertanding pada pilihanraya akan datang.

Katanya, faktor usia bukan penghalang untuk seseorang itu menjadi Wakil Rakyat selagi ianya diperlukan oleh rakyat. Bercakap memang senang, tetapi adakah berbaloi jika menjadi pemimpin yang hanya pada nama sedangkangyang bertungkus lumus menjalankan tugas adalah orang lain. Adakah itu yang digariskan dalam Islam?.

Bahkan, kenyataan Nik Aziz yang memperlekehkan keazaman UMNO Kelantan untuk merampas semual Negeri Kelantan pada pilihanraya akan datang adalah bersifat andaian semata-mata. Yang jelas, kenyataan seumpama itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin yang menggelarkan dirinya benar-benar beramal dengan ajaran Islam.

Sebelum ini, isu Nik Aziz yang dianggap menjadi liabiliti kepada PAS Negeri Kelantan pernah dilemparkan oleh seorang penulis blog pro PAS yang mengaitkan faktor usia. Kata penulis itu, Nik Aziz perlu memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin muda yang masih ramai dan layak untuk menerajui parti PAS. Selanjutnya baca DISNI.
Menariknya, penulis itu dikatakan orang kuat kepada Husam Musa yang dikatakan turut menjadi sandaran sebagai pengganti Nik Aziz. Justeru itu, bagaimana pula dengan Nik Amar? yang menjadi ayam tambatan kepada Nik Aziz di bawa ke hulu ke hilir sehingga ke Mekah. Apa yang berlaku memberi gambaran bahawa wujud kepincangan dalam pimpinan tertinggi PAS khususnya di Negeri Kelantan.

P/S : Sebenarnya dah tiba masa untuk Nik Aziz bersara dan memberi laluan kepada pemimpin pelapis. Jangan menjadi gila kuasa.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox