PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Sunday, September 18, 2011

Lagi ahli PAS keluar parti kerana kecewa dengan Mat Sabu

Dalam keadaan Parti PAS yang kini dianggap semakin kritikal untuk mendapat kepercayaan rakyat, terbaru seramai 20 orang ahli PAS cawangan Kg Permatang Pasir mengambil keputusan untuk keluar parti. Alasan mereka keluar parti kerana kecewa dengan tindak tanduk Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang semakin melampau dan nyata menjadi boneka kepada parti DAP.

Mereka menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Kulim/ Bandar Baru diketuai oleh Saridan bin Md Noh ketika menghadiri majlis jamuan terbuka Aidilfitri yang diadakan di rumah Dato' Abd Aziz Sheikh Fadzil, di pekan Bandar Bharu, di Wakaf Bharu.

Katanya, bukan setakat 20 orang malah lebih ramai lagi yang akan mengikut jejak langkah yang sama keluar PAS dalam masa yang terdekat. Gambaran ini memberi tamparan yang hebat kepada parti PAS sejak parti itu sering dilanda isu-isu sensitif terutama melibat Timbalan Presiden mereka, Mat Sabu.

Mengulas isu yang sama, Dato Abd Aziz Sheikh Fadzil, menyatakan setakat ini pihaknya menerima lebih 1,000 ahli baru dan berterima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya sayap parti yang bertungkus lumus menjalankan kerja penambahan ahli. Selanjutnya baca DISINI.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox