PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Sunday, September 18, 2011

Nizar kata rakyat masih menyokong kezaliman walaupun berkali-kali ke Mekah

Siapa dia Nizar Jamaluddin yang begitu lantang mengkritik dan mencaci rakyat Malaysia masih menyokong kerajaan zalim? Adakah benar kerajaan Malaysia yang diperintah oleh BN di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato Seri Najib begitu zalim terhadap rakyatnya?


Terbaru dalam ceramah beliau di Manjoi Perak, Nizar bermati-matian masih menyalahkan rakyat Malaysia yang setia memberi sokongan kepada kerajaan zalim. Katanya, walaupun berkal-kali menunaikan fardu haji di tanah suci, apabila kembali ke tanahari masih memberi sokongan kepada kerajaan zalim.

Apabila kata-kata ini dikeluarkan oleh seorang pemimpin PAS yang dianggap keramat oleh penyokong hardcore PAS Negeri Perak, sudah tentu akan memberi kesan dan akan diterima bulat- bulat  oleh penyokong mereka.

Kata-kata ini juga memberi gambaran seolah-olah parti PAS sahaja  yang berjuang menegakkan Islam sehingga hukum Allah yang mewajibkan umat Islam menunaikan fardu haji di tanah suci dipertikaikan. Justeru, apakah hukumnya apabila orang Islam sendiri seperti Nizar menghina orang yang menunaikan ibadat haji. Rakyat sekarang bukan bodoh untuk di momokkan dengan dakyah kotor parti PAS yang dilihat sudah ketandusan idea untuk berbohong kepada rakyat.

Siapa Nizar untuk mengukur seseorang Islam yang lain dengan kritikan dan cacian tidak masuk akal disebabkan tidak sealiran dan bersekonkol dengan parti PAS. Jika benar, PAS sebenarnya lebih teruk dari UMNO atas kapasiti memperjuangkan Islam. Bezanya UMNO tidak membuat perbadingan dalam menegakkan syiar Islam sedangkan parti PAS sudah terang terangan jenis parti yang suka mencaci dan mengutuk saudara seagama dengannya.

Sebagai contoh paling mudah, adakah kerajaan PAS di Kelantan begitu adil kepada rakyat sehingga rakus merampas tanah rakyat untuk dijalankan projek-projek kroni. Isu ladang rakyat menimbulkan kemarahan beberapa pihak apabila 500 Orang Asli berdemonstrasi menuntut kerajaan PAS menyerahkan kembali tanah adat mereka di hadapan pejabat Tanah dan Galian Gua Musang serta menyerahkan memorandum pada 18 Mei lepas.

Pada 16 Mei lalu, kira-kira 1,000 daripada berapa badan bukan kerajaan (NGO)Kelantan dan Pemuda Umno mengadakan demonstrasi dengan berpakaian merah membantah projek ladang rakyat kerana didakwa berlaku penyelewengan di hadapan pejabat kerajaan negeri, Kota Darulnaim, Kota Baharu.


Pada 27 April lepas, tiga lelaki kaum Orang Asli Temiar dari Pos Belatim memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kota Baharu supaya menghalang kerajaan PAS Kelantan daripada meluluskan tanah di Pos Belatim, Gua Musang kepada Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan untuk projek Ladang Rakyat.

Justeru siapa sebenarnya yang lebih zalim?????

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox