PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Sunday, July 03, 2011

Nizar 'arah' polis lepas aktivis PSM komunis tanpa syarat?

Apa lagi Nizar dan rakan DAP tidak berpuas hati terhadap penahanan 30 aktivis PSM yang ditolak permohonan mereka oleh mahkamah Tinggi untuk mengenepikan perintah tahan reman Mahkamah Tinggi Butterworth. Dengan angkuhnya menyarankan agar pihak polis membebaskan aktivis berkenaan tanpa syarat. Mungkin Nizar ingat polis di negara kita ni hak milik mutlak dia dan rakan pakatan DAP.


Ada ke patut tindakan polis menahan aktivis itu didakwa satu cubaan untuk menggagalkan perhimpunan haram pada 9 Jul 2011. Inikah tahap pemikiran bekas Menteri Besar PAS yang menjadi pujaan dan kuda DAP Perak. Nizar juga mengatakan aktivis yang ditahan tidak berniat untuk menghidupkan idealogi komunis dan hanya menggunakanny sebagai lambang perjuangan bekas-bekas komunis.

Ini bermakna, Nizar sendiri menyokong perjuangan idealogi komunis jika beranggapan sedemikian. Adakah mereka fikir rakyat bodoh untuk membuat penilaian tentang kewujudan anasir komunis dalam perhimpuna Bershit 2. Jika sudah nyata menggunakan lambang serta pemimpin komunis, tidak perlu menuding jari kepada pihak polis kerana kesalahan ini agak serius.

Nizar sekali cuba mempertikaikan kenapa masih banyak buku-buku berkaitan dengan idealogi dan perjuangan komunis di pasaran? Adakah itu tidak menyalahi undang-undang?. Jawapannya mudah, sebab kepala otak Nizar sebenarnya sudah beku oleh sebab termakan pujukan rakan DAP.

Dalam konteks penahanan aktivis ini jauh berbeza dengan buku sejarah yang mencetikan perihal berkaitan perjuangan komunis. Ada ketikanya buku yang berkaitan dengan komunis turut dijadikan sumber rujukan ilmiah bagi memahami sejarah pengkhianat di negara ini.

Manakala apa yang cuba ditonjolkan oleh 30 aktivis PSM JELAS, NYATA, dan TERBUKTI apabila semasa penahanan turut menjumpai ratusan risalah dan item-item yang berkaitan komunis. Malah, sengaja menghasut orang ramai supaya menyertai perhimpunan Bershit 2 di Kuala Lumpur 9 Jul akan datang. Tindakan ini dilihat dari sudut cuba mengambil kesempatan sekiranya negara huru hara akibat perhimpunan haram berkenaan seterusnya mengikut agenda DAP ibarat 'api dalam sekam'.

Baca selanjutnya ...... >>> DISINI

Kata NIZAR....

“Tidak sewajarnya kemeja-T dijadikan satu kesalahan sedangkan hari ini masih banyak buku-buku yang menceritakan kisah Chin Peng dan Parti Komunis Malaya (PKM) dijual di kedai-kedai buku,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini, semalam.

Mohammad Nizar berkata, jika dengan hanya menggunakan kemeja-T polis mengaitkan PSM dengan komunis ia adalah sesuatu yang amat keterlaluan.

“Mengapa ia menjadi satu kesalahan dan saya amat berharap kesemua mereka dapat dibebaskan tanpa ada sebarang syarat,” katanya.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox