Lima lelaki dan tiga wanita, termasuk timbalan ketua pemuda PKR Kedah Gooi Hsiao Leung ditangkap kira-kira jam 9.20 pagi ini di Alor Setar kerana didakwa merancang menyemarakkan kempen BERSIH 2.0. Mereka juga didakwa cuba menjual kemeja T kuning dengan logo BERSIH.
Sebelum sidang media mereka yang dijadualkan di Pekan Cowboy, Alor Setar sempat bermula , polis terus menyerbu dan mengheret beberapa pemimpin yang dijadual berucap ke tepi sehingga mencetuskan kekecohan.
Laporan yang dibuat wartawan Balacikini cuba menyalahkan pihak polis mengenai tangkapan berkenaan seolah-olah tangkapan berkenaan tidak bersebab. Inilah mentaliti wartwan Balacikini yang memang pakar dalam pemutar belit.
Gooi cuba mempertikaikan tindakan pihak polis menahannya tetapi KPD tidak melayan dan terus membawanya ke balai polis untuk tindakan seterusnya. Kalau dah terbukti kamu berhimpun untuk mengedarkan baju dan risalah berkaitan dengan bersih, tidak perlu nak berdolak dalih.
Memang Susan Loonie wartawan Balacikini kaki putar dan cuba mencari publisiti murahan. Sama seperti apa yang dilaporkan mengenai perarakan NGO's di Pulau Pinang semalam yang hanya melaporkan 300 walhal hakikatnya lebih dari angka 1000 orang. Nampak sangat mereka sudah merasa tekanan daripada kebangkitan rakyat yang 'MENYAMPAH' dengan pembangkang hari ini.
No comments:
Post a Comment