PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Sunday, April 17, 2011

"ZENTRUM" Tidak Sehebat Sotong "PAUL" dalam Ramalan..!

Semasa tempoh berkempen berbaki 2 hari pada pilihanraya Sarawak, satu badan bebas yang berpihak kepada pembangkang yang bertanggungjawab untuk membuat kajian bagi mendapatkan trend terkini sokongan pengundi iaitu 'Zentrum Future ' telah mengandaikan bahawa BN akah kalah teruk pada pilihanraya kali ini.

Namun ramalan itu tidak dapat ditandingi kehebatan sotong 'paul' apabila mambuat ramalan bahawa BN akan menang dengan majoriti 2/3  dan masih dapat membentuk kerajaan. Walaupun ianya seekor sotong tetapi boleh mengatasi kebijakan manusia terutama sekali 'otak yang dianggap pengkaji bergeliga' dikalangan pembangkang yang dibarisi oleh ahli akademik bergelar 'Profesor'.


Ketika itu, Zentrum mambuat ramalan (macam tukang tilik) bahawa BN hanya akan mendapat 24 kerus sahaja daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. Dalam masa yang sama meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).

Selain itu meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).


Apapun yang berlaku adalah sebaliknya di mana BN masih mengekalkan majoriti 2/3 kerusi manakala PAS langung tidak memenangi kerusi yang mereka pertandingkan.


@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox