PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Sunday, April 17, 2011

BN Hilang 8 Kerusi, PAS Pula Syok Sendiri...!

Keputusan secara rasmi dan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

Manakala DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. ( POST MORTEM SECARA MENYELURUH PERLU DIBUAT OLEH KERAJAAN )Namun, di manakah PAS yang selalu nak menjadi jaguh dan bongkak diri? Di manakah 5 kerusi yang dipertandingkan mereka?


Justeru itu, PAS jangan terlalu sombong dan bongkak sebab walaupun apapun yang terbaik telah mereka rancangkan, tetapi Tuhan yang maha Kuasa dan menentukan segala-galanya. Sekiranya mereka di pihak yang benar, sudah memadai dengan majlis solat hajat yang dihadiri ribuan penyokong PAS untuk Allah memakbulkan permintaan mereka.

Walaupun kawasan BN berjaya dirampas oleh DAP khususnya di kawasan bandar Kuching, yang jelas rakyat Sarawak masih memerlukan BN untuk menerajui negeri itu dan tidak meletakkan kepercayaan penuh kepada pembangkang.

Di kawasan bandar, pengundi boleh diibaratkan telah mendapat semua apa yang mereka mahukan terutama pembangunan infrastrukur berbanding dengan masyarakat luar bandar. Sebab itulah mereka 'lupa diri' dan telah memihak kepada pembangkang dalam pilihanraya kali ini..

Kehilangan 8 kerusi BN pada pilihanraya kali ini, telah dianggap oleh pembangkang adalah sejarah paling terburuk dalam pilihanraya Sarawak. Pun begitu, kita perlu memberi pujian kepada rakyat Sarawak kerana langsung tidak mempedulikan dan mempercayai isu-isu 'sentimen' dan provokasi oleh pihak pembangkang ketika tempoh berkempen. Sebaliknya tetap memilih BN untuk mentadbir negeri itu.

Dalam perkembangan lain pada jam lebih kurang 10.35pm, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak bagi penggal ketujuh di Astana, kediaman rasmi Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox