Setelah menyaksikan kejatuhan empat negeri kepada tangan pembangkang Pakatan Rakyat, pada PRU yang ke-12 tahun 2008, banyak perubahan drastik yang berlaku dalam kepimpinan kerajaan Negeri terutamanya berkaitan dengan polisi kerajaan. Dengan megah dan bergaya sekali Anwar Ibrahim ketika itu, menyifatkan negara Malaysia bukan hanya milik orang Melayu malah ia juga milik kaum India dan Cina.
Ekoran itu, telah berlaku tsunami besar dalam kepimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan juga Perak (berjaya diambil setelah 11 bulan di bawah Pakatan Rakyat ) sepertimana yang tertera di bawah :-
1) Ladang ternakan babi terbesar di Selangor yang menyaksikan orang Islam terpaksa mengikut kehendak bukan Islam kerana majoriti kerusi dikuasai oleh DAP dan PKR..
2) Seorang heroin DAP di Selangor iaitu Teressa Kok mendesak agar azan subuh di perlahankan di Negeri Selangor sepertimana yang berlaku di Singapura
3) Xavier Jayakumar mengumumkan pembinaan gereja terbesar di Negeri Selangor.
4) Kerajaan Negeri Selangor meluluskan pembinaan pusat kebubayaan penganut agama Budha di kawasan bandar Damansara yang mana lokasinya amat berdekatan dengan sebuah surau
5) Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah meluluskan papan tanda bertulisan Cina sedangkang di Kuala Lumpur, Tersessa Kok dalama masa yang sama mencercay tulisan-tulisan jawi.
6) Tindakan YB Khalid Samad yang membenarkan sebuah gereja Katolik di Selangor menggunakan perkataan Allah sedangkan beliau bukanlah seorang Ketua Agama Islam di negara ini yang masih berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan.
SAKSIKAN VIDEO INI..
No comments:
Post a Comment