PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, April 11, 2011

Antara Bala, Laknat dan Musibah.!!..PAS Perlu Sedar..

Heboh kecoh para penyokong tegar pakatan Rakyat terutama dikalangan penyokong PAS yang menyifatkan kejadian insiden sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Sibu Towansquare. Kejadin itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan TPM.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter berkenaan menurunkan semua penumpangnya di Sibu Towansquare.



Bermaca-macam suara kedengaran daripada penyokong - penyokong PAS yang mengaitkan insiden berkenaan adalah 'bala' daripada Allah ke atas BN yang terlalu gelojoh menggunakan jentera kerajaan dalam aktiviti kempen mereka.

Bercakap memang senang kerana tidak perlu mengeluarkn modal dan boleh berbicara apa sahaja tetapi AJ cuma nak memberi peringatan kepada penyokog-penyokong fanatik pembangkang bahawa kalau nak kaitkan bala Allah.

Adakah mereka (penyokong fanatik PAS) masih ingat dengan kejadian 'banjir paling buruk dalam sejarah yang berlaku di Negeri Kedah pada tahun 2010' yang lalu? . Apa yang berlaku tahun lepas masih segar dalam ingatan kita di mana ketika itu banjir paling buruk telah melanda Negeri Kedah di bawah pimpinan PAS dalam tempoh 100 tahun. Ini turut diakui oleh penduduk di Negeri Kedah dan ketika itu, Menteri Besar yang dianggap ulamak boleh melenting kepada wartawan satu ketika apabila ditanya mengenai kejadian banjir berkenaan.

BANJIR DI KEDAH 2010


BANJIR DI KEDAH 2010

Adakah itu bukan bala Allah ke atas pemimpin yang kononnya mendokong Islam tetapi bersekongkol dengan mereka yang anti Islam iaitu DAP dan PKR yang terlalu kabur untuk memimpin rakyat??

Begitu juga di Negeri Kelantan, kalau disebut tentang masalah banjir sememangnya sudah sinonim dengan negeri itu tiap kali tiba musim tengkujuh terutama sekali di kawasan Rantau Panjang. Apakah ini bukan bala daripada Allah ke atas bumi yang dianggap Serambi Mekah.

Justeru itu, bagi mereka yang masih berfikiran waras perlu melihat apa yang terjanji sebagai ujian daripada Allah dan tidak melulu beranggapan apa yang berlaku sebagai bala daripada Allah. Setiap kejadian itu menuntut kita sebagai hambanya berfikir sejenak bahawa sejauhmanakah kita ini hebat, tetapi ada lagi yang maha segala-galanya iaitu Allah Tuhan Pencipta Alam Semesta.

@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox