PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Friday, April 15, 2011

TPM : Gelombang Biru di Sarawak..!

Dipetik dari Utusan Malaysia..

KUCHING 14 April – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gelombang biru kini dirasai di seluruh Sarawak termasuk di kawasan yang dikuasai pembangkang yang menunjukkan petanda positif Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan mantap daripada rakyat.



Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau bersyukur kerana sejak awal BN berkempen hingga sekarang, dari sehari ke sehari ada petanda yang positif terutama di kawasan pedalaman, pinggiran bandar dan juga bandar yang menjadi kubu parti lawan.

"Ini termasuklah di kawasan majoritinya kaum Cina, saya sendiri turun ke beberapa tempat di Sibu, Miri dan Kuching, trendnya lebih memberangsangkan.

"Atas dasar itu kita mempunyai keyakinan bahawa kita mendapat sokongan cukup mantap dan nampaknya gelombang biru sudah meningkat serta sudah dirasa di mana-mana kawasan di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Timbalan Perdana Menteri di Sekolah Kebangsaan Sungai Apong dekat sini hari ini.

Muhyiddin berkata, kempen di sebahagian besar kawasan yang dikenal pasti sebagai kelabu sebelum ini telah diperhebatkan dengan pendekatan pemimpin turun padang.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agak luar biasa mengambil peranan utama (turun padang) ke kawasan yang penting dan saya juga memilih kawasan yang perlu diberi tumpuan”.

Muhyiddin berkata dalam tempoh sebelum kempen tamat esok, BN memberi tumpuan di kawasan kelabu yang cenderung berubah menjadi putih.

"Semua jentera (BN) di peringkat kawasan seperti di Pending ini menjadi kawasan tumpuan yang dianggap belum mendapat sokongan kukuh dan penjelasan kepada rakyat dibuat secara lebih agresif,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox