PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Friday, April 15, 2011

Din Merican Nafi Terlibat Bersubahat Mencemar Nama Baik PM..!

Penulis blog Din Merican menafikan beliau “bersubahat” untuk mencemarkan nama Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan mengaitkan mereka dalam kes bunuh Altantuya Shariibuu sebagaimana didakwa dalam temu bual TV3 bersama Raja Petra Raja Kamarudin yang disiarkan malam tadi.

Siapa nak mengaku berak tepi jalan bodoh..!, nak perjelas dan pertahan kenyataan pergi buat laporan polis habis cerita, aku nak tengok biar polis siasat sampai ke lubang cacing dan jubur korang tu..



Inilah pengakuan yang dibuat oleh Din Merican..:

“Saya terkejut apabila mendengar bahawa saya dikaitkan dengan usaha-usaha untuk mencemarkan Perdana Menteri Najib dan isterinya Rosmah berkaitan dengan kes Altantuya.

“Hakikatnya, tiada asas dalam perkara ini. Saya secara peribadi kecewa (apabila mendengar) Raja Petra boleh mengaitkan saya terlibat dalam satu perkara yang sifar pengetahuan saya,” kata Din Merican dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi blognya malam tadi.

Menerusi segmen Buletin Utama malam tadi, TV3 menyiarkan temu bual eksklusif bersama Raja Petra yang mendakwa beliau tidak pernah menuduh Najib atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu.

Pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.

Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.
Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

“Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil.
Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.

Raja Petra menamakan Din Merican salah seorang daripada beberapa individu terbabit.
Yang lain ialah Nik Azmi Nik Daud dan John Pang.

Dalam responsnya itu, Din Merican juga menegaskan, meskipun beliau tidak gembira dengan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi tiada sebarang perasaan tidak bersetuju dengan kepimpinan Najib yang dilantik perdana menteri pada April 2009.
“Biar saya sebutkan di sini bahawa saya bukan anti-Najib. Sebenarnya, beberapa pengulas dalam blog saya mengecam saya terlalu lembut dengan perdana menteri dan dasar-dasarnya,” kata beliau.

Altantuya dibunuh pada 2006 ketika itu Najib merupakan timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan.

TV3 melaporkan ia akan membawa bahagian kedua temu bual menerusi Buletin Utama malam ini.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox