Dipetik daripada Utusan Malaysia..
KUALA LUMPUR 14 April – Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra  Kamaruddin berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibiliti  dan terbukti gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif sejak janjinya  pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak  menjadi kenyataan. 
Mengakui turut menjadi mangsa janji Anwar itu, Raja Petra berkata  Ketua Pembangkang itu pernah memberi harapan palsu kepadanya semasa  beliau dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting,  Perak.
"Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak  dan  beritahu saya jangan susah (hati), tidak lama lagi awak akan keluar  sebab kita akan bentuk kerajaan pada 16 September,” katanya dalam temu  bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di  Perth, Australia baru-baru ini.
Rakaman temu bual bahagian kedua itu itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.
Raja Petra berkata, kegagalan pakatan pembangkang untuk menubuhkan  kerajaan  persekutuan pada 16 September 2008 seperti yang dijamin oleh  Anwar telah melunturkan harapan pengundi yang menyokong pembangkang. -  Bernama
 

 
No comments:
Post a Comment