PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, April 14, 2011

PRN Sarawak : 'PAS' Ahli Nujum Yang Bijaksana...!

Media pembangkang  terutamanya PAS sebenarnya boleh diiktiraf  sebagai 'AHLI NUJUM' yang paling handal di abad ini dan boleh juga dikatakan mengatasi rekod yang dipegang oleh ahli-ahli sihir di zaman firaun. Sebab apa AJ berkata sedemikian??


Walaupun tempoh berkempen di Sarawak hanya berbaki 1 hari lagi, mereka sudah kecoh satu dunia bahawa pembangkang telah menang di Sarawak dan berjaya menumbangkan Kerajaan BN yang ditadbir oleh TS Taib Mahmud sebelum ini.

Mereka menyifatkan Barisan Nasional (BN) diramal kalah dan hanya memenangi 21 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Ahad ini. Malah kawasan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan tumbang di DUN N51 Balingian, yang telah disandangnya selama tiga penggal itu.

Memang  tak disangka bahawa PAS merupakan pakar nujum yang cukup berbisa dengan gaya keangkuhan dan kesombongan  berjaya meramal begitu sekali kedudukan kerusi. Mereka sudah 'nampak' tangan-tangan pengundi Sarawak akan memilih parti mana kali ini..

Dalam pertandingan tiga penjuru, calon bebas yang juga sepupu kepada Ketua Menteri itu, Datuk Salleh Jafaruddin menerima sokongan tertinggi apabila memperolehi 38 peratus sokongan dan Taib dengan 36 peratus.Dalam perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah pula menerima 28 peratus.
 
 
Turut meraih sokongan dari masyarakat Cina yang umumnya mendiami di kawasan bandar ialah parti SNAP dengan 18 peratus diikuti PCM dan bebas dengan masing-masing juga satu peratus.

SNAP sebuah parti kaum Dayak di Sarawak pula mengungguli sokongan kaum Iban apabila dijangkakan mampu meraih sokongan sebanyak 38 peratus berbanding PR di tempat kedua dengan 32 peratus.

BN yang mengekori di tempat ke tiga bagi persepsi sokongan kaum yang sama  pada ketika ini meraih sebanyak 23 peratus sokongan dan bebas dengan tujuh peratus.

PR sekali lagi meraih populariti tinggi apabila diramalkan menerima sokongan terbanyak di kalangan pengundi kaum Bidayuh dengan 40 peratus manakala SNAP mengekori rapat di tempat ke dua dengan 38 peratus.

Ketika hanya mampu meraih 20 peratus sokongan masyarakat Bidayuh, BN meninggalkan jauh pesaingnya apabila dijangka meraih 51 peratus sokongan di kalangan masyarakat Orang Ulu.
 
Namun begitu, rupa-rupanya apa yang diramalkan oleh pembangkang itu adalah berdasarkan kaji selidik yang dinamakan ‘PRN Sarawak prediksi period 1′  iaitu satu keputusan bagi kajian persepsi semasa dan tidak mustahil berlaku perubahan data dalam jangka masa terdekat.
@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox