PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, April 14, 2011

Sidang DUN Perak : Kecoh Lagi!!!..Usul Bodoh Nizar ditolak Speaker..

Semalam kita dapat menyaksikan sekali drama tunjuk perasaan oleh beberapa kaum India di hadapan bangunan SUK Perak kononnya ingin berjumpa dengan Menteri Besar , DS Dr Zambry  bagi menyerahkan satu memorendum.

Disebabkan komitmen DS Dr Zambry yang ketika itu sedang bersidang pada hari ke-2, maka timbul perasaan tidak puas hati dikalangan mereka yang ingin menyerahkan memorendum berkenaan sekaligus membawa kepada beberapa insiden. Ekoran dari itu, seramai 18 orang daripada penunjuk perasaan telah ditahan oleh pihak polis.



Hari ini, kecoh di dalam dewan  apabila jaguh PAS yang berdarah Cina iaitu Nizar Jamaluddin kononnya ingin menjadi juara kepada penunjuk perasaan mengemukakan usul  ' mengutuk kekerasan pihak Polis ke atas penunjuk perasaan ' namun ianya telah ditolak olek Speaker DUN, Datuk Ganesan.

Kata Nizar, pihak polis telah bertindak keras dan tidak mengikut peraturan untuk menyuraikan perhimpunan berkenaan dan dengan suara lantang, menyebut kekerasan pihak polis telah menyebabkan seorang penunjuk perasaan yang dikenali dengan 'Ramesh' telah mengalami cedera parah dan terpaksa menjalani rawatan si ICU Hospital Ipoh. Namun, hakikatnya tidak seperti apa yang digembar gemburkan oleh Nizar kerana si 'Ramesh' hanya mengalami cirit birit dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.


Memang belitnya cukup luar biasa si Nizar ketika di dalam dewan, dan disini saya diberitahu oleh rakan yang berkesempatan berada di tempat kejadian, pihak polis tidak bertindak keras malah dua pegawai Polis yang dicederakan oleh penunjuk perasaan tidak dihebahkan oleh Nizar barua DAP. Untuk makluman, dalam kejadian tersebut, seorang pegawai Polis telah dicederakan oleh penunjuk perasaan sehingga mengalami bengkak di bahagian leher, manakala seorang polis wanita telah ditampar oleh penunjuk perasaan. 

Adakah Nizar barwa DAP ambil kisah pasal anggota polis yang dicederakan oleh penunjuk perasaan?? Jika dulu semasa Pakatan Rakyat memerintah, langkah yang sama turut diambil oleh pihak polis dengan mengenakan kawalan keselamatan semasa Sidang DUN berjalan takut diganggu gugat oleh mana-mana pihak yang cuba mencetuskan suasana tegang.

AJ dimaklumkan juga, kejadian tunjuk perasaan ini sengaja dirancang oleh seorang Wakil Rakyat India yang digelar 'sivakumar'  bagi tujuan mencetuskan suasana tegang semasa sidang berjalan. Mereka sengaja mencari idea bagaimana untuk mencetuskan suasana huru hara semasa sidang DUN berjalan dan ingin dijadikan modal politik murahan sekiranya pihak polis bertindak.

Inilah rupa sebenar pembangkang di Negeri Perak yang tidak akan duduk diam dan suka menimbulkan 'provokasi' seolah-olah Polis suka bertindak secara keras dalam menyuraikan tunjuk perasaan.

"PAS PERAK JELAS DAN NYATA MENJADI KUDA KEPADA DAP"

@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox