AHLI POLIMIK PEMBANGKANG |
Perjumpaan itu diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur beberapa hari yang lepas yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan yang juga exco neger Dr.Muhammad Fadzli. Hassan.Pemukiman yang diadakan selama dua hari itu turut dihadiri oleh Pengasas Zentrum Future Studies yang juga pensyarah kanan Jabatan Media dan Komunikasi UM, Prof.Dr.Abu Hassan Hasbullah dan Pengarah Urusan Harakah yang juga Ahli Parlimen Tumpat Datuk kamaruddin Jaafar.
Dato Tarmizi Mohd Jam - Penyelaras Blogger PR |
Blogger Pakatan Pembangkang |
Pun begitu apa kurangnya dengan blogger yang pro kepada kerajaan hari ini dilihat mula menyaingi kerakusan blogger pembangkang yang begitu taksub menyalurkan maklumat kurang tepat kepada rakyat. Inisiatif ini harus dipuji bagi menjamin tahap kestabilan politik dalam negara sentiasa berada pada kedudukan yang selamat dan tidak diganggu gugat oleh anasir hasutan media pembangkang.
Saya masih ingat dan percaya, salah satu faktor yang memberi kemenangan besar kepada parti pembangkang dalam PRU-12 adalah peranan media altenatif seperti bloggers Pakatan Rakyat sehingga jatuhnya 5 negeri (kecuali Perak yang dapat diambil semula selepas 11 bulan).
Ekoran daripada itu, kita dapat melihat dewasa ini sudah mula tercetus peperangan sengit di antara blogger pro kerajaan dan pro pembangkang dalam menjawab sesuatu ISU PANAS yang berlaku dalam negara dan ini semua menandakan era kebangkitan sudah mula kembali sehingga merungsingkan bloggers pembangkang.
@AJ@
No comments:
Post a Comment