"Semalam sekali lagi negara di dedahkan dengan berita penahanan 8 pegawai Imigresen yang terlibat dengan gejala rasuah termasuk salah seorang daripadanya adalah wanita yang mana melibatkan nilai suapan sebanyak RM122,140.00".
Ini menunjukkan perkembangan yang baik dalam usaha kerajaan untuk menangani gejala yang tidak bermoral ini daripada terus menular tanpa dibendung sekaligus dapat menangkis dakwaan sesetengah pihak terutamanya media pembangkang yang seringkali melabelkan negara ini mengamalkan rasuah secara berleluasa.
Apa yang menariknya, kesemua yang terlibat merupakan pegawai yang baru dalam perkhidmatan dan sudah mula berjinak dengan gejala buruk rasuah yang boleh menjadi barah kepada agensi kerajaan terutamanya agensi penguatkuasa yang menjadi harapan kepada rakyat dan kerajaan untuk meneruskan agenda pembangunan negara.
Antara mereka yang ditahan ialah Md. Shahrizal Che Dan, 26; Ahmad Zahed Abd. Alim, 28; Mohd. Khairul Haqimie Kamarudin, 26; Azmer Mahadi, 28; Mohd. Hafiz Zakaria, 27; Nor Shahazlina Sulaiman, 25; Mohamad Huzzail Ahmad, 31 dan Mohamad Izwan Shah Samsuri, 25.
Kesemua mereka yang bertugas di Bahagian Perkapalan, Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan.
Sejak akhir-akhir ini negara kita banyak digemparkan dengan berbagai isu yang menjadi perhatian umum dan seharusnya kerajaan mengambil langkah bijak serta proaktif untuk menyelesaikannya bagi menjamin imej dan integriti jabatan dan agensi kerajaan sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak SPRM yang berjaya menjalankan amanah rakyat dalam membanteras gejala rasuah kerana ianya amat penting untuk memastikan hasrat dan cita-cita kerajaan dapat direalisasikan sekaligus dapat menjamin kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.
Kepada mana-mana pegawai kerajaan yang masih berkhidmat, jalankan tugas anda dengan penuh amanah kerana setiap daripada pendapatan kita adalah wang rakyat dan jangan sesekali cuba mendampingi gejala yang tidak bermoral seperti ini, kelak yang menanggung akibatnya adalah diri sendiri dan juga maruah keluarga.
Justeru itu, ceriakanlah isteri dan anak-anak kita dengan sumber pendapatan halal bagi menjamin kesempurnaan masa depan mereka kerana walaupun sedikit jumlah gaji yang diperolehi, ianya sudah memadai untuk mendapat keberkatan daripada Pencipta Semesta Allah SWT.
"SESUNGGGUHNYA RASUAH TIDAK MENJAMIN KEMEWAHAN YANG BERKEKALAN SEBALIKNYA BOLEH MENDATANGKAN PADAH DAN BENCANA KEPADA DIRI SENDIRI MAHUPUN KELUARGA..!!! AMIEN.
@AJ@
Tino garik.....babi,masuk kerja gomen pastu makan rasuah...celaka punya manusia.
ReplyDelete