PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Saturday, April 09, 2011

'Manifesto Rasuah' Dilancarkan Pakatan Pembangkang di Sarawak..!

Hari ini pakatan pembangkang yang bertanding di Sarawak telah melancarkan manifesto pilihanraya mereka yang mana turut di hadiri wan azizah isteri kepada ketua pembangkang dan juga pemimpin pakatan yang lain termasuklah dari DAP yang merupakan parti majoriti yang bertanding mewakili pembangkang.


Antara 'habuan isteimewa' yang ditawarkan oleh pakatan pembangkang ialah pemberian terus wang tunai kepada rakyat terpilih dan juga menuntut pemberiaan royalti kepada negeri Sarawak ditingkatkan berbanding yang diterima kerajaan negeri selama ini.

Dalam masa yang sama Pakatan Rakyat dilihat cuba memperlekehkan manifesto yang dilacarkan oleh BN sehari sebelumnya di mana mendakwa apa yang dijanjikan oleh kerajaan bersifat hambar dan tidak memberi apa-apa faedah kepada rakyat. Apakah selama ini rakyat Sarawak sahaja yang berada pada tahap kemiskinan di negara kita? Apakah negeri Kelantan dan rakyat Kelantan tidak dikategorikan sebagai rakyat yang hidup di bawah paras kemiskinan??Apakah kaum Melayu di Pulau Pinang sudah berpuas hati dengan layanan KM terhadap mereka sebelum ini setelah DAP menerajui negeri itu?? Itulah persoalan yang perlu di kupas disini memandangkan pembangkang dilihat cuba menjadi 'juara' kepada rakyat di Negeri Sarawak.

Antara janji-janji manis pembangkang yang dikemukakan dalam manifesto kali ini ialah memberi  layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah satu serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun,



Selain itu, manifesto lapan halaman itu juga berjanji menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah, Pakatan Pembangkang juga dikatakan telah berikrar untuk membentuk Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal. Inilah janji palsu yang cuba di tabur oleh pembangkang untuk mempengaruhi rakyat Sarawak supaya memberi sokongan kepada calon mereka.

Apakah ini tidak termasuk dalam kategori 'money politicking' yang sememangnya diamalkan dalam pakatan pembangkang dengan menabur janji wang dan hadiah berbagai rupa kepada rakyat supaya berpihak kepada mereka.

Fikir-fikikanlah..!!!

@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox