Berikutan kematian seorang pegawai kanan kastam dua hari yang lepas, ada beberapa individu cuba berhimpun di perkarangan Pejabat SPRM Selangor sebagai tanda protes dan mereka ini dipercayai ditaja oleh pihak tertentu untuk mencetuskan suasana yang kurang disenangi oleh segenap lapisan masyarakat yang masih berfikiran waras.
Soal kematian itu adalah kehendak Allah dan kita sebagai hambanya perlu redha dengan apa yang telah berlaku disamping memberi peluang kepada pihak yang berkenaan seperti Polis untuk menjalankan siasatan secara terperinci. Yang salah tetap salah kiranya kematian itu bukan berpunca daripada kemalangan atau dengan kata lain ada cubaan untuk membunuh.
Apabila pihak polis bertindak menyuraikan perhimpunan, mereka dilabelkan bertindak ganas ke atas masyarakat dan sekiranya dibiarkan. Apakah kita ingin melihat suasana di negara ini sama sepertimana yang berlaku di Timur Tengah dan lain-lain negara yang dilanda konflik?? Jangan kerana 'marahkan nyamuk, kelambunya dibakar' kelak yang rugi adalah bangsa kita sendiri dan kepada mereka yang cuba menyalakan api provokasi kepada rakyat, seharusnya dihentikan segera kerana nikmat keamanan yang dikecapi dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini bukannya sesuatu yang datang menggolek.
@AJ@
No comments:
Post a Comment