Siapa tidak kenal Anwar Ibrahim kalau dalam pentas ceramah kerana dialah satu-satunya individu yang dianggap ''Jaguh Pemidato' yang terhebat di abad ini dan boleh mengalahkan sesiapa saja kalau dipentas termasuklah 'suara burung merbuk' yang dipertandingkan di diperingkat Asia Fasifik.
Sebelum ini saya turut berkesempatan hadir di ceramah anwar dan pada masa itu, 'seriau' juga bulu roma apabila mendengar hujah-hujah dan kupasan isu yang disampaikan. Namun, amat bernasib baik kerana masih dikurniakan akal fikiran yang waras untuk berfkir yang terbaik bagi diri saya dan masa depan negara.
Atas sebab itulah, anwar pengkhianat bangsa ini sering berbangga dengan dirinya apabila diajak berdebat dalam sesuatu isu kerana kelebihannya dalam merungkai jawapan 'basi' kepada pencabarnya.
Sehinggakan ramai dikalangan ahli ekonomi dan cendekiawan daripada barat khususnya dari negara uncle sam pun berjaya dipengaruhi oleh anwar ketika beliau berada dalam kerajaan dan juga semasa era reformasi apatah lagi kita yang hanya dianggap 'kacang' oleh anwar.
Justeru, kepada rakyat Sarawak yang bertuah, berhati-hatilah ketika mendegar ucapan anwar ketika tempoh berkempen kerana anda adalah penentu kepada usaha kerajaan untuk menjadikan negeri itu salah sebuah negeri terkaya di Malaysia suatu hari nanti.
Sedutan video ceramah anwar ketika berkempen di Miri, Sarawak pada 8/5/2011..
No comments:
Post a Comment