PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Saturday, April 09, 2011

Kaedah Syarak Tidak Mengiktiraf Rakaman Video dan DNA Sebagai Bukti Pulak???

Samada betul atau tidak terpulang kepada anda semua untuk membuat penilaian bahawa ada seorang yang mengaku dirinya  ulamak menjelaskan bahawa  RAKAMAN VIDEO MAHUPUN DNA tidak boleh diterima sebagai bahan bukti mengikut syarak. AJ bukannya alim sangat dalam bidang syariat untuk menghuraikan secara terperinci kenyataan ini yang mengaitkan bahawa rakaman video seks yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim tidak boleh diterima sebagai bahan bukti mengikut kaedah Islam.




Sekiranya bahan seperti rakaman video yang terang lagi bersuluh dan DNA tidak lagi boleh diterima pakai sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan seseorang itu, apakah kaedah lain yang boleh diterima pakai??
Adakah mereka menuntut keadilan berhubung kes video seks Anwar ini dengan mengemukakan 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut?? Memang tidak masuk akal dan tidak logik kiranya asas itu ingin diambil kira bagi membuktikan seseorang itu terbukti bersalah dalam dunia moden hari ini.

Yang jelas, samada Anuar buat ataupun tidak, pembangkang akan tetap mempertahankannya sehingga ke lubang cacing semata-mata untuk menutup keaiban rakan pakatan mereka apatah lagi dalam suasana pilihanraya negeri di Sarawak yang sedang menyaksikan  pakatan rakyat bersungguh-sungguh untuk mencatat sejarah memenanginya sekaligus memimpin negeri itu buat pertama kali.

Justeru itu, rakyat hari ini semakin bijak membuat keputusan dan pembangkang dilihat sudah bongkak dan terlalu sombong dengan memberitahu dunia bahawa rakyat Sarawak sudah bangkit dan berpaling arah menyokong parti Pakatan Rakyat sedangkan sangkaan itu mungkin meleset dan hanya satu propaganda murahan mereka semata-mata.

Berikut antara kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang yang menganggap dirinya ulamak yang menyifatkan RAKAMAN VIDEO dan DNA tidak boleh diterima pakai sebagai bukti mengikut syarak. (NIK AZIZ DAN HJ HADI TAK BERANI NAK KOMEN APA-APA PASAL VIDEO NI TAPI KAMU PULA YANG NAK JADI HERO)


"Kekeliruan dan ketidakpastian dalam tuduhan zina tidak diterima sebagai bukti dalam ajaran Islam sekalipun melibatkan video mahupun asid deoksiribonukleik (DNA), kata Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Samsudin.
“Yang dituntut syariat bukan seperti kain mengelembung untuk mensabitkan seseorang dalam tuduhan berzina tetapi empat saksi yang melihat situasi yang berlaku seperti timba masuk ke perigi.
“Islam menuntut apa yang jelas. Yang tidak pasti, tidak boleh dijadikan bukti kerana boleh menimbulkan kekeliruan, contohnya sampel DNA. Ia juga tidak boleh dijadikan bukti kerana al-Quran tidak menyatakan hal itu.
“Walaupun DNA itu benar tetapi tidak boleh dipastikan sama ada dilakukan atau tidak perbuatan tersebut. Contohnya, dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan Saiful,” katanya kepada Keadilan Daily sambil menegaskan ia bukan bermakna Islam menolak perkembangan kemajuan.
Ghani menegaskan, pensabitan jenayah mengikut ajaran Islam adalah melalui qazaf, bukan mengguna pakai pelbagai kaedah lain yang sama sekali tidak pernah dianjur agama itu.
“Islam sangat berhati-hati dan tidak menganjurkan cara menjadikan video lucah sebagai bukti. Kalau menggunakan rakaman, itu mesti dikaji siapa yang rakam, pengakuan polis tetapi semua itu boleh dipalsukan,” katanya.
 
@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox