PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, April 07, 2011

PAS Jangan Terlalu Angkuh Untuk Menang di Sarawak!

Salam..

PAS jangan terlalu sombong untuk menarik nafas lega dengan mendakwa bahawa parti itu telah berjaya menambat hati pengundi di Sarawak.Sejauh mana kebenaran dawaan ini belum dapat dipastikan lagi kerana hari ini merupakan hari pertama berkempen sehingga hari pengundian pada 16 April 2011 depan.


Kalau dikaji secara mendalam, kenapa PAS meletakkan dua calon wanita pada pilihanraya kali ini sedangkan masih ramai lagi tokoh-tokoh yang boleh dianggap  berwibawa untuk diketengahkan sebagai calon. Kesimpulannya amat  mudah kerana PAS mungkin tahu sejak dari awal lagi parti itu kurang disenangi oleh rakyat Sarawak. Justeru itulah, calon yang kurang popular disenaraikan untuk bertanding apatah lagi salah seorang daripada yang bertanding di kerusi DUN  Muara Tuang iaitu Puan Noraini Hamzah berasal dari Kelantan.





Tiga lagi calon PAS adalah Pesuruhjaya PAS, Adam Ahid akan bertanding di Sebuyau dalam Parlimen Batang Lupar.

Sementara itu, Abang Ahmad Kardee, seorang peguam muda anak tempatan Beting Maro akan bertanding di situ dalam pilihan raya kali ini. DUN ini juga terletak dalam Parlimen Batang Lupar di Sarawak Tengah.

Seorang lagi calonnya adalah Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi yang akan bertanding di Sadong Jaya. Dalam pilihan raya umum 2008, Abang Eddy adalah calon PAS di Parlimen Batang Lupar namun tewas di tangan calon BN, Datuk Ruhani Karim.

Ketika proses penamaan calon semalam, PAS telah memperkenalkan tiga calonnya kepada penduduk tempatan. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memperkenalkan memperkenalkan Abang Ahmad di Beting Maro, timbalannya, Nasharudin Mat Isa memperkenalkan Adam Ahid di Sebuyau, manakala Mustafa memperkenalkan Nuraini di Muara Tuang. Ustaz Hadi mengumumkan calon PAS Beting Maro di Kampung Beladin iaitu rumah Haji Alem Din, bekas calon PAS di situ dalam pilihan raya 2006.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melihat adanya perkembangan positif khususnya penerimaan pengundi terhadap kehadiran parti itu di Sarawak, jauh berbeza dengan pilihan raya yang lalu.Sebelum ini, dalam pilihan raya negeri 2001, PAS bertanding tiga kerusi DUN namun pada tahun 2006 hanya satu kerusi sahaja. Pilihan raya kali ini, PAS bertanding lima kerusi.

Kerusi yang dipertandingkan oleh PAS dalam pilihan raya kali ini adalah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu. Rakan PAS, DAP akan bertanding di 15 kerusi manakala PKR akan bertanding di 49 kerusi selepas usaha perundingannya dengan Snap gagal.


Apa yang AJ boleh simpulkan disini ialah PAS sengaja meletakkan calon yang kurang popular untuk melihat sejauh mana rakyat Sarawak dapat menerima parti itu yang mana sejak sekian laman sukar untuk bertapak di negeri itu berbanding dengan DAP dan PKR atau dengan kata lain 'test market'. Sekiranya kalah, PAS dianggap hanya memperjudikan wang deposit semata-mata untuk mendapat 'feedback' sejauh mana sokongan rakyat negeri terhadap parti PAS...!




@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox