PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Thursday, April 07, 2011

DAP Desak Tubuh RCI Menyiasat Kematian Pegawai Kastam di Bangunan SPRM Selangor

Terbaru kenyataan daripada Lim Guang Eng mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian pegawai Kastam iaitu Allahyarham Ahmad Sarbani bin Mohamed, Penolong Pengaah Kastam Negeri Selangor.



"DAP hari ini menuntut sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi bagi menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Conchrane, Kuala Lumpur.

“DAP melahirkan rasa marah di atas kejadian seumpama ini sedangkan trajedi kematian Teoh Beng Hock masih belum dapat diselesaikan. Adakah SPRM masih belum bangun dan mendapat pengajaran?” soal setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media.

Menurut Lim, suruhanjaya itu bakal menentukan punca kematian dan menghukum mereka yang bertanggungjawab. Selain itu, katanya ia bertujuan bagi memastikan suspek yang dipanggil tidak akan cedera ataupun mati ketika dalam tahanan SPRM.

“Kematian Ahmad dan beberapa rantaian peristiwa yang menyebabkan kematian mengingatkan kembali kematian tragis Setiausaha Politik DAP, Teoh Beng Hock di Ibu Pejabat Bangunan SPRM, Selangor.

“Walaupun SPRM telah berjanji bahawa kes seperti itu tidak akan berulang selepas kematian Teoh dan tempoh jawatan Pengarah yang lepas tidak disambung, namun kematian Penolong Pengarah Ahmad pagi tadi menunjukkan bahawa SPRM tidak pernah belajar daripada kematian tragis Teoh,”
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata sehubungan dengan kejadian itu, rakyat kini tidak mempercayai kata-kata janji-janji yang dibuat oleh beberapa pemimpin BN.

“Persoalannya terletak kepada kerajaan, sejauh manakah kerajaan serius dalam mencari siapa yang bertanggungjawab dan seterusnya mengambil tindakan.

“Kematian tragis Ahmad akan menimbulkan kecurigaan yang lebih mendalam dan seterusnya menghancurkan kepercayaan orang ramai terhadap kaedah operasi dan cara penyiasatan SPRM,” katanya.

Beliau juga menuntut supaya SPRM dirombak semula bagi memastikan suruhanjaya itu masih relevan untuk melaksanakan tugas anti rasuahnya secara efektif, efisen, tidak berat sebelah dan profesional tanpa ada sebarang kecederaan ataupun kematian terhadap suspek.

“Kegagalan SPRM dalam menyiasat tuduhan rasuah ke atas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menunjukkan dengan jelas wujudnya “double-standards” dan kegagalan sistem badan tersebut dalam menegakkan undang-undang secara saksama.

“SPRM tanpa kredibiliti menunjukkan kerajaan BN tidak serius untuk memerangi rasuah. Untuk merombak semula, DAP mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan Badan Siasatan Bebas oleh Transparency International bagi mengkaji semula operasi dan kaedah SPRM,” akhiri kenyataannya.

"KAMI JUGA MENUNTUT DITUBUHKAN SURUHANJAYA MENYIASAT VIDEO KLIP ANUAR PELIWAT DAN KASANOVA BAGI MENCARI KEADILAN UNTUK SEMUA PIHAK"

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox