PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Monday, April 11, 2011

Padah Berlagak ditempat Orang Akhirnya Jentera PAS Kena Halau..!

Itulah akibatnya apabila kita bertandang di tempat orang nak tunjuk lagak dah hero akhirnya 'dihalau' keluar dari rumah tumpangan. Kejadian ini berlaku kepada jentera parti PAS yang menyewa subah rumah tumpangan dalam masa 4 hari sahaja yang akhirnya telah dihalau keluar oleh pemilik rumah tumpangan berkenaan.

Ingat pesan orang-orang tua kalau kita merantau di tempat orang jaga perilaku dan tutur kata serta pergaulan kita kerana budaya di tempat orang berbeza dengan budaya di tempat asal kita. Kalau datang nak tunjuk hero bersedialah terima padah. Nasib baik kena halau, kalau kena belasah lagi naya dan mula menuju ke balai Polis nak buat report, walhal selama ini mereka seringkali menuduh Polis dengan pelbagai tohmahan akhirnya Polis juga tempat mereka mengadu hal.



AJ dapat tahu kejadian ini berlaku di Sementan, Dun Tanjung Datu apabila petugas PAS dari Johor terpaksa keluar dari rumah yang disewa walaupun pada mulanya pemiliknya menunjukkan sikap positif meskipun mengetahui mereka daripada PAS.

Yang banggangnya setelah empat hari menyewa di situ, mereka yang telah dihalau keluar turut menuduh bahawa pemilik rumah tumpangan berkenaan telah diugut oleh pihak BN-PBB bahawa permit sewaannya akan ditarik balik jika terus menyewakannya kepada petugas PAS. Tak ke merapu je alasan yang diberikan.

Selain itu, AJ dimaklumkan bahawa sebelum mereka dihalau keluar, pada malam sebelumnya rumah berkenaan diadakan ceramah PAS yang bertubi-tubi menghentam kerajaan pimpinan KM Sarawak. Oleh kerana terlalu gelojoh menghentam KM Sarawak, pemilik berkenaan rasa benggang dengan penyewa berkenaan dan mengamil keputusan menghalau keluar dari rumah tersebut.

Kalau nak menyewa buat cara nak menyewa jangan memandai-mandai pulak nak buat ceramah kat rumah sewa berkenaan, kan dah kena halau keluar terpaksa mengemis sekejap sehingga dapat rumah tumpangan yang baru.

@AJ@

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox