Isu misteri kehilangan jam omega milik Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan video klip seks mirip mukanya hari ini menjadi panas apabila dalam sidang media yang diadakan hari ini,persoalan tentang jam berkenaan ditanya oleh seorang wartawan media.
Anwar dilihat seperti terkena 'Histeria' dan terus mengamuk kepada wartawan berkenaan dengan gaya angkuh dan sombong menafikan kehilangan jam omega berkenaan. Bermacam-macam alasan yang dikemukakan oleh Anwar bagi mengelakkan diri daripada menjawab persoalan tersebut.
Antaranya mempersoal tindakan wartawan berkenaan kenapa bertanya tentang jam berkenaan dan apa kaitannya jam berkenaan dengan video seks yang membabitkan dirinya. Sebelum ini, istetinya Wan Azizah juga melenting apabila ditanya wartawan soalan yang sama iaitu dimanakan jam omega milik Anwar.
Saksikan video 'histeria ini' ..
Dalam usaha untuk mengalihkan isu jam tersebut, Anwar pelakon terhebat di alaf ini cuba membangkitkan isu kematian aL Tantunya yang mana memberitahu wartawan berkenaan kenapa Isu kematian Al Tantunya tidak ditanyakan kepada Najib??. Memang dasar pemimpin 'idiots' kerana isu Al Tantunya sudah selesai dan telah dijatuhkan hukuman ke atas pesalahnya.
Dalam isu yang membabitkan video seks ini, jelas dan nyata muka, gaya, bentuk badan adalah ko wahai Anwar kenapa masih nak berdalih bercakap itu dan ini semata-mata ingin menutup keaiban diri sendiri.
Malah menuduh wartawan dan media hari ini sebagai 'perkakas umno dan munafik' kerana malaporkan berita berat sebelah dalam sesuatu itu. Sehingga begitu sekali dilabelkan wartawan oleh seorang pemimpin pembangkang akan akan dijulang menjadi Presiden Malaysia satu hari nanti.
Dalam pada itu, Anwar juga menyelar tindakan wartawan yang masih mendesak bertanya kenapa jam berkenaan tidak diserah kepada pihak polis dan jawapannya amat mudah dimana memberi alasan bahawa 'BILA POLIS MINTA JAM TERSEBUT' sebanyak beberapa kali yang menampakkan kerisauan di wajah Anwar.
Dalam perkembangan yang lain Dr Chandra Muzzafar yang merupakan bekas Timbalan Presiden PKR menasihati Anwar supaya berundur dalam arena politik bagi menjaga kepentingan rakyat di negara ini kerana pemimpin yang terlibat dengan masalah moral tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Beliau ada juga menyentuh berkenaan jam omega milik Anwar sebenarnya hadiah khas yang diterima daripada kerajaan asing dan mempunyai keunikan yang tersendiri berbanding jam omega di pasaran. Sekiranya jam ini diserah, sudah pasti tembelang yang cuba ditutup selama ini akan pecah dan nyata tidak boleh lari daripada skandal seksnya dengan pelacur cina.
@AJ@
No comments:
Post a Comment