Kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sarawak dalam rangka lawatan kempen sehingga sehari sebelum pengundian sudah cukup untuk memberi cabaran hebat kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mana dalam satu kenyataan media yang dibuat oleh Anwar dalam keadaan yang terlalu cemas dan takut. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Anwar semasa sidang media yang dianjurkan pembangkang di Hotel Grand Continental, Kuching hari ini.
Jika sebelum ini, kita digembar gemburkan dengan berita kebangkitan rakyat Sarawak yang bangkit untuk berpihak kepada pembangkang melalui ceramah-ceramah pakatan, itu semua tidak melemahkan semangat Perdana Menteri untuk turutn bertemu dengan rakyat.
Sudah menjadi lumrah, Perdana Menteri mempunyai masa yang terhad untuk turun berkempen dan perlu mendahului urusan penting yang melibatkan kepentingan rakyat secara keseluruhannya.
Selain itu, Anwar Ibrahim mendakwa, belum pernah dalam sejarah seorang Perdana Menteri turun terlalu kerap ke sesebuah negeri bagi membantu pemimpin BN sekiranya dia sendiri tidak lagi yakin dengan keberkesanan jentera negeri!. Ini semua jelas menggambarkan ketakutan pembangkang ekoran kehadiran Datuk Seri Najib ke Sarawak.
Persoalannya kenapa Anwar begitu takut dengan kehadiran DSN ke Sarawak? Sehinggakan Ketua Pembangkang itu telah mengarahkan semua jentera parti agar mengekalkan momentum kehadiran ramai rakyat Sarawak ke program ceramah anjuran Pakatan Haprak. Malah memberitahu supaya perlu bekerja keras menjaga kawasan masing-masing supaya usaha licik pakatan rakyat tidak akan menjadi sia-sia.
Menang jelas pakatan rakyat sebuah parti yang bongkak dan terlalu angkuh ketika berkempen di mana-mana plihanraya yang akhirnya menyaksikan mereka tewas kepada BN. Kehadiran orang ramai di majlis ceramah tidak mencerminkan 100% pengundi telah berpihak kepada parti mereka kerana penentuan sebenar adalah pada 16 Apr 2011 iaitu di hari pengundian.
Sekiranyan mereka kalah, saya percaya alasan yang sering kedengaran ialah pengundi telah dibeli oleh BN dan juga wujud pengundi-pegundi hantu kerana tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut walhal pada awalnya pembangkang menjangkakan kemenangan akan menyebelahi mereka berdasarkan mood pengundi yang hadir mendengar ceramah.
Inilah tabiat buruk yang ada kepada pembangkang yang memang tidak berubah sehingga ke hari ini ketika dalam pilihanraya.
@AJ@
No comments:
Post a Comment