PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, April 18, 2011

Fatwa Baru Hj Hadi Mengatakan 'WAJIB' Sokong PAS...!

Sekali lagi Hj Hadi dilihat 'terbabas dari landasan asal perjuangan PAS kononnya untuk menjalankan syariat Islam di negara ini. Nak tak nak kenyataan ini telah dianggap fatwa oleh penyokong PAS yang menyebabkan mereka langsung tidak menerima kesungguhan kerajaan untuk mengadakan diplomasi dengan parti PAS bagi mencapai kata sepakat dalam sesuatu hal.


Kenyataan terbaru ini dikeluarkan oleh Hj ketika kuliah pagi yang diadakan di masjid Rusila, Marang Terengganu sebelum kempen PRU Negeri Sarawak yang baru saja selesai dua hari yang lepas.

Antara 'amanat baru' yang dikeluarkan oleh Hj Hadi " Kita perlu menentang UMNO dan menjadi 'kewajipan' menentang parti itu kerana secara terang-terangan membiarkan perkara maksiat berlaku secara berleluasa. Mereka (UMNO) tidak meletakkan Islam dalam perjuangan dalam pemerintahan dan sebab itulah menjadi 'wajib' untuk PAS menentang UMNO walau dengan apa cara sekalipun"

Kenyataan ini dikeluarkan dihadapan sebilangan besar penyokong-penyokong PAS yang hadir di majlis kuliah berkenaan.

Sebahagian penyokong PAS yang mendengar ceramah Hj Hadi

Selain itu juga, Hj Hadi menyifatkan Kerajaan Negeri Terengganu yang dipimpin oleh BN sekarang ini telah tersasar dari landasan perjuangan Islam dan perlu diperangi oleh rakyat.

Sejarah telah membuktikan bahawa 'lidah' Hj Hadi cukup berbisa untuk meletakkan negara ini dalam keadaan huru hara dan kacau bilau. Satu ketika pernah berlaku peristiwa hitam di Kedah oleh sebab 'lidah berbisa' Hj Hadi yang telah mengeluarkan fatwa mengkafirkan UMNO yang dibuat pada tahun 1981 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu.

"PAS TERLALU JUMUD DAN TAKSUB DALAM PERJUANGAN SEHINGGA MEMBAWA KEPADA PERPECAHAN DIKALANGAN ORANG-ORANG MELAYU DI NEGARA INI, PAS JUGA BOLEH DIIBARATKAN PARTI MENGHALALKAN CARA KERANA APA YANG TERBAIK DAN MEMUASKAN HATI MEREKA, PASTI AKAN DISOKONG"

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox