PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, April 19, 2011

Jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Akan dicabar...?

Siapa tidak kenal dengan Nasruddin Hassan Tantawi seorang yang agak 'liberal' dalam politik PAS dan banyak kali membuat kenyataan yang mengundang spekulasi negatif terutama dikalangan ahli dan pendokong PAS sendiri. Banyak isu-isu yang berlaku dalam negara dihurai berdasarkan pemikiran terbuka tanpa jumud pada kepimpinan ulamak PAS Pusat.

Nasharuddin Hassan Tantawi

Desas desus mengatakan jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang disandangnya sepenggal yang lalu kali ini mungkin akan dicabar. Antara nama yang disebut-sebut untuk dijulang memegang jawatan tersebut ialah Azman Shapawi Abd Rani, merupakan Timbalan Ketua DPP PAS Pusat sekarang.

Azman Shapawi Abd Rani

Seperkara yang menarik, Azman Shapawi merupakan anak kelahiran Terengganu yang juga dikatakan 'anak didik emas' kepada Hj Hadi Awang berkelulusan bidang Sastera dari Universiti of Cairo, Mesir.

AJ diberitahu bahawa Azman Shapawi juga seorang pimpinan muda PAS yang mempunyai kewibawaan dalam ceramah sama sepertimana Hj Hadi atau dengan kata lain, seorang yang agak agresif.

Beliau banyak kali terlibat dengan aktiviti demonstrasi yang dianjurkan pembangkang di Kuala Lumpur dan menjadi 'dalang' kepada perhimpunan haram antaranya perhimpunan 'bersih' tahun 2008 yang lalu. Sekiranya Azman Shapawi dicalonkan, AJ berpendapat semua perwakilan daripada negeri Pantai Timur akan memihak dan memberi sokongan kepada beliau.

Mengulas isu yang sama, Nasharuddin Hassan beranggapan sekiranya beliau masih diberi kepercayaan dan mandat oleh perwakilan sebagai Ketua Pemuda, beliau akan terus berhidmat sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat untuk tempoh sepenggal yang akan datang.

Beliau menjadi ketua pemuda PAS pada 2009 setelah Salahuddin Ayub bertanding jawatan naib presiden.


Untuk makluman, pemilihan jawatankuasa PAS Pusat (muktamar) dijangka akan diadakan pada bulan JUN 2011 akan datang melibatkan pemilihan jawatankuasa PAS Pusat, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, dan juga Dewan Ulamak.

@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox