Pergerakan Pemuda BN yakin generasi muda Sarawak yang dianggarkan 300 000 orang, yang telah berdaftar sebagai pengundi, bakal menjadi penentu dimensi baru pembangunan di Sarawak pada hari pengundian pilihan raya negeri ke-10 esok.Sarawak mempunyai lebih 970,000 pemilih yang layak mengundi pada pilihan raya negeri kali ini.
Bagi golongan muda yang ingin menyambung pengajian tinggi akan disalurkan peruntukan khas di Pusat Pengajian Tinggi Semenanjung selain Universiti Malaysia Sarawak dan UiTM.
Isu kekurangan peluang pekerjaan yang dimainkan pembangkang tidak diterima pakai oleh pengundi muda kerana mereka beranggapan apa yang Kerajaan Pusat salurkan selama ini sudah memadai dan perlu dihargai sepenuhnya.
Malah mereka mendakwa pembangkang hanya pandai menabur janji ketika musim pilihanraya. Setelah menang, rakyat khususnya golongan belia akan terpinggir dan tidak akan dipedulikan kerana mereka (pembangkang) akan lebih tertumpu untuk meneksploitasi sumber kekayaan di negeri berkenaan. Ini terbukti berlaku di negeri-negeri yang diperintah pembangkang di semenanjung seperti di Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor.
Selain itu, generasi muda di negeri Sarawak sudah matang untuk membuat penilaian tentang siapa yang layak mentadbir secara bijak dan bukan hanya petah berbicara manis dengan hanya menabur janji-janji kosong .
Dalam masa yang sama, pengundi muda menyelar sesetengah pemimpin pembangkang terutamanya DAP yang cuba menghina kaum pribumi Sarawak yang dikatakan sudah lama ditipu oleh Kerajaan BN walhal perkara itu tidak berlaku sama sekali. Yang menjadi api permusuhan sebenarnya DAP yang sengaja cuba melaga-lagakan penduduk Sarawak yang berbilang kaum.
@AJ@
No comments:
Post a Comment