PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, April 18, 2011

415 Peniaga Pasar Lama MPKB dianaktirikan oleh PAS..!

UMNO Kelantan merasa kesal terhadap Kerajaan Negeri yang enggan membuka pintu rundingan terhadap masalah yang ‘menghantui’ 415 peniaga Pasar lama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dan Arked Uda.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, Kerajaan Negeri patut memberi peluang kepada peniaga dengan cara berunding bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.


Perkara ini penting untuk diselesaikan kerana ianya melibatkan kaum Cina dan India dan dalam masa yang sama, isu ini akan mempengaruhi masa depan peniaga satu hari nanti.

Dalam pada itu, Datu Seri Mustapa memohon Kerajaan Negeri Kelantan menangguhkan perpindahan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik semua pihak bahkan tarikh yang dikemukakan oleh kerajaan masih menjadi tanda tanya dan ada yang masih keliru.

Selain itu, Datuk Seri Mustapa juga turut memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menangani masalah tersebut kerana peniaga mendakwa tapak baru iaitu di Bazar Tok Guru, dikatakan terlalu sempit untuk menjalankan perniagaan malah kadar sewaannya agak mahal.

@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox