PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, May 23, 2011

DAP atau UMNO kaki fitnah..saksikan sendiri..!

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini memerintahkan Anggota Parlimen Jelutong daripada DAP, Jeff Ooi Chuan Aun, membayar RM150,000 kepada bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah, dalam satu saman fitnah.


Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela Jagdeep Singh Deo, yang mewakili Ooi, dan peguam Abdul Fareed Abdul Gafoor mewakili Mohd Razali yang tidak dapat hadir kerana berada di Mesir kerana urusan rasmi sebagai anggota lembaga pengarah Pusat Urus Zakat (PUZ).

jeff ooi and penang 2Hakim Vazeer Alam menetapkan ganti rugi am sebanyak RM100,000 dan ganti rugi keterlaluan sebanyak RM50,000, dengan faedah lapan peratus mulai hari ini sehingga tarikh pembayaran.

Mahkamah turut mengeluarkan perintah menghalang Ooi daripada terus mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan terhadap Mohd Razali.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata pembelaan Ooi bahawa kenyataannya itu bersifat ulasan yang adil tidak dapat diterima kerana antara perkataan yang digunakan oleh beliau "mad man" (orang gila) selain mendakwa Mohd Razali sebagai seorang ekstremis Islam.

Hakim Vazeer Alam berkata berkata walaupun Ooi tidak mengaku perkataan "mad man" itu digunakannya semasa satu sidang akhbar tahun lepas, dua saksi bebas memberi keterangan di mahkamah bahawa Ooi telah menggunakan perkataan itu.

Katanya mahkamah juga mendapati saksi yang dipanggil oleh Ooi iaitu pegawai khasnya, Teng Kar Yuen, tidak boleh dipercayai kerana Teng mempunyai hubungan dengan Ooi.

Ooi didakwa pada 1 Feb tahun lepas kerana memfitnah Mohd Razali dengan niat jahat termasuk mendakwanya ekstremis Islam.

Kenyataannya itu telah disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan termasuk akhbar berbahasa Cina pada 2009.

--Bernama

Santai : Berhati-hati bila ditepuk gadis 'bertudung merah'..

ALOR SETAR – Kehilangan seorang doktor pelatih, Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, sejak lima hari lalu menjadi bertambah misteri apabila dia pernah hilang sebanyak dua kali bulan ini selepas dipercayai dipukau seorang gadis bertudung merah.


Ibunya, Natrah Shaari, 52 (gambar), memberitahu, anaknya menghilangkan diri pada 3 Mei dan 12 Mei lalu selepas keluar bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Katanya, dalam kejadian pada 3 Mei lalu itu, anak sulungnya itu hanya pulang ke rumah dua hari kemudian.

“Dia cerita kepada saya bahawa ada seorang wanita muda bertudung merah berusia lingkungan 20-an menegurnya ketika mahu naik lif di HSB kira-kira pukul 6.30 pagi.

“Wanita itu bertindak menepuk dahi anak saya menyebabkan dia tidak sedar. Dia hanya tersedar di dalam kereta di kompleks beli-belah City Square di Sungai Petani dua hari selepas itu dan hilang sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM500,” katanya di sini semalam.

Ujarnya, pada 12 Mei lalu, Mohd. Noor Azam sekali lagi hilang ketika berada di kawasan HSB dan pulang ke rumah semula dua hari kemudian.

Sumber : Kosmo Online

DAP nak letak calon Melayu? gula-gula baru untuk PAS..

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa DAP merancang meletakkan calon Melayu bertanding di beberapa negeri dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. Katanya, DAP sedang mengenalpasti orang Melayu yang sesuai untuk dijadikan calon bagi bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

"Mereka telah mencari jalan supaya calon-colon (orang Melayu) itu dapat diterima oleh pengundi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Masjid Tanah dekat Alor Gajah hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga menteri pertahanan, berkata DAP merancang meletakkan calon orang Melayu di Perak untuk menguasai negeri itu dengan menteri besarnya terdiri daripada calon DAP.

"Ini kerana perlembagaan negeri Perak tidak mengizinkan orang bukan Melayu menjadi menteri besar, oleh itu DAP merancang meletakkan calon Melayu bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri supaya akhirnya menteri besar itu dari DAP," katanya.

Beliau berkata di negeri lain, parti pembangkang itu merancang meletakkan calon Melayu di kawasan yang majoriti pengundi Melayu dan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon bukan Melayu.

Katanya strategi terancang itu tidak mustahil untuk dilakukan kerana DAP telah memulakan blog dalam bahasa Melayu berbanding selama ini hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

"Kita menghidu rancangan DAP ini tanpa disedari oleh PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat), Sebab itu saya ingin mengingatkan PAS dan PKR jangan jadi kuda tunggangan kepada DAP," katanya.

Ahmad Zahid mengingatkan Umno dan parti komponen BN yang lain, supaya berhati-hati dengan taktik secara berstruktur dan sistematik yang dilakukan oleh DAP itu.

"Kita jangan berada dalam zon yang selesa dengan tindakan yang dilakukan DAP, saya ingatkan orang Melayu jangan jadi tali barut kepada DAP, sama ada mereka menjadi calon secara langsung atau rakan yang bersekongkol di bawah pakatan rakyat," katanya.

- Bernama

Sunday, May 22, 2011

Perhimpunan BERSIH 2.0 : Mat Sabu naik tocang jika Hishamuddin 'lembik' dan tidak bertindak awal...!

"Kita yakin,PAS dapat mengerahkan lebih 100 ribu ahli Lebih besar dan aman untuk mewujudkan suasana demokrasi.Kita mahu mengelak kejadian tidak demokrasi seperti di Timur Tengah yang menjadikan jalan raya untuk menukar kerajaan.Kita tidak mahu ini berlaku di Malaysia,

Kata-kata di atas merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu mengenai perancangan untuk mengadakan demonstrasi ‘BERSIH 2.0’ yang akan diadakan pada 9 Jul 2011 di Kuala Lumpur. Antara tujuan utama perhimpuan Bersih 2 kali ini adalah mendesak pilihanraya bersih pada PRU-13 akan datang.

Mat Sabu selaku Pengerusi Badan Bertindak Mobilisasi Demokrasi PAS sekali lagi dilihat berupaya untuk menggerakkan gelombang demonstrasi haram berbanding dengan pimpinan PAS yang lain. Justeru, situasi ini sedikit sebanyak memberi kelebihan kepadanya untuk mencapai ‘rating’ terbaik dikalangan calon Timbalan Presiden PAS Pusat pada Muktamar PAS Pusat yang akan diadakan pada bulan Jun akan datang.

“Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang. Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat”. "Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis.”

Saya yakin bahawa tindakan berani PAS ini dibantu oleh beberapa NGO’s dan juga individu yang mahir dalam konteks perundangan Malaysia. Tambahan pula, dengan penglibatan Datuk Ambiga Sreneevasanan yang merpuakan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia dilihat faktor pendorong kepada perhimpunan Bersih 2.0.
Disebalik perancangan demonstrasi ini, bagaiamana pula dengan persediaan pihak keselamatan untuk menghadapi gelombang kedua ini? Adakah Hishamuddin hanya akan mengambil langkah tunggu dan lihat sebagai jalan terbaik untuk mengatasi rungutan rakyat yang tidak berpihak di Kuala Lumpur akibat kebanjiran pendemo-pendemo haram di jalan-jalan raya ibu negara?

Rata-rata golongan peniaga dan pengguna jalan raya di sekitar Kuala Lumpur merungut dengan perhimpunan Bersih yang diadakan pada tahun 2008 akibat kesesakan jalanraya yang sengaja di timbulkan oleh penyokong-penyokong PAS dari seluruh negara. Begitu juga dengan luahan peniaga-peniaga tidak kira pemilik gedung terkemuka mahupun peniaga kecilan yang tidak berpuas hati dengan tindakan PAS menganjurkan demonstrasi haram berkenaa. Ketika itu, punca pendatapan mereka tergendala dek kerana tangan-tangan busuk patakan pembangkang khususnya PAS.

Kebanyakan ribuan pendemo jalanan ini dikerah oleh PAS dari seluruh negara semata-mata untuk menunjukkan kebiadapan mereka terhadap sistem pilihanraya di negara ini. Persoalannya, adakah benar sistem pilihanraya di negara kita sudah semakin teruk seperti yang didakwa oleh pembangkang? Saya melihat ini semua propaganda PAS semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat supaya berpihak kepada mereka.

“Mereka mendesak empat perkara termasuk penggunaan dakwat kekal, media yang bebas, pemansuhan undi pos dan pembersihan daftar pemilih.Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya.Bagaimanapun kali ini kata Mohamad, dua lagi tuntutan ditambah iaitu penyalahgunaan institusi kerajaan secara berleluasa, dan menuntut tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan.

Selain itu, kata-kata Mat Sabu yang menyifatkan kaedah demonstrasi jalanan yang berlaku di Timur Tengah untuk menggulingkan kerajaan dilihat sebagai menghasut rakyat untuk bersimpati dengan perjuangan politik PAS yang jumud dan sempit.

Kejatuhan Kerajaan Mesir dan Tunisia di Timur Tengah disebabkan ketidakpuasan hati rakyat yang berarak di jalanraya disebabkan kelemahan sistem pentadbiran mereka yang tidak mendahulukan rakyat dalam semua aspek termasuk, penyediaan kemudahan infrasktrukur dan juga gagal menangani masalah pengangguran yang meningkat.

Adakah senario di Malaysia sama sepertimana di negara berkenaan? Adakah sistem pilihanraya di Malaysia mendapat bantahan 80% rakyat di negara ini? Yang pasti, rungutan hanya kedengaran dikalangan pimpinan pakatan pembangkang sahaja yang mana tidak mewakili suara majoriti rakyat. Asas ini perlu menjadi kayu pengukur kepada PAS supaya tidak terlalu daif untuk mempengaruhi pemikiran rakyat yang majoritinya sudah berpuas hati dengan tahap penghidupan walaupun terdapat juga kelemahan kerajaan.

Beza antara Sham Kamikaze dengan Bob Lokman mendapat hidayah Allah..!

Salam perjuangan....

Disebabkan kepentingan kerja dan kesibukan yang memang tak dapat dielakkan, blog antijumud tidak dapat diupdated untuk tatapan pembaca budiman. Pada pagi yang mulia dan penuh dengan keberkatan ini, saya sempat menyelak beberapa kisah untuk dikongsi dengan semua pembaca. Juteru itu, marilah kita sama-sama mendengar luahan seorang artis rock terkenal tanahair satu ketika dulu yang kini sudah mula menjiwai nilai-nilai Islam yang sebenar.

Shamril Salleh, atau lebih diketahui sebagai Sham Kamikaze bukan orang asing kepada peminat-peminat muzik rock tempatan. Pemain gitar yang dihormati ini dan juga merupakan pengasas kumpulan Kamikaze bukan sahaja seorang artis tetapi juga penerbit muzik, pengubah, penyusun dan gitar sessionist.



Sham Kamikaze dikenali sebagai pemain gitar rock popular di Malaysia. Lahir pada 1976 di dalam sebuah keluarga berlatarbelakang muzik, dia terdedah kepada pelbagai jenis muzik sejak di usia muda. Dia mula belajar bermain gitar pada usia 12 dan telah bermain dalam kumpulan sejak berumur 14 tahun.

Sebagai pemain gitar muda, Sham berterusan mengasah kemahirannya dan membantu ramai artis-artis utama di Malaysia dan luar negara selama bertahun-tahun; dia juga mengajar di Guitar Institute of Malaysia di Kuala Lumpur. Dia membentuk kumpulan Kamikaze pada 1999 dan merekodkan tiga album - Kontroversi, Inspirasi dan 3.

Kesemuanya pernah dicalonkan untuk Anugerah Industri Muzik - iaitu sebuah Anugerah Industri Muzik Malaysia, sama seperti U.S. Grammy - dengan album Inspirasi memenangi anugerah AlbumRockTerbaik 2001. Sham pernah bermain dengan ahli-ahli muzik seperti Andy Timmons, Neil Zaza and T.M. Stevens , dan bermain untuk persembahan pembukaan kepada Joe Satriani / Steve Vai / pelancongan Eric Johnson G3 dalam 2000.

Kali ini, Sham Kamikaze akan menceritakan pengalamannya mendapat hidayah selepas bertemu dengan Imam Besar Mekah, Sheikh Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais di Kangar, Perlis. Seterusnya mengubah identiti beliau yang sebelum ini memakai gel

Thursday, May 19, 2011

Ala dia nak berniaga kecik je biaq pi ah..!Guang Eng komunis.

GEORGE TOWN – Kehadiran peniaga haram di pekarangan Pasar Besar Chowrasta di sini bukan perkara baru. Bermula dengan hanya beberapa penjaja kira-kira 20 tahun lalu, kini terdapat kira-kira 150 peniaga haram yang berniaga setiap hari di sini bermula pukul 6.30 pagi hingga 12 tengah hari.


Bagi peniaga di pasar itu, kebanjiran penjaja haram di situ memang telah lama menyekat rezeki mereka kerana terpaksa bersaing untuk memancing pelanggan. Aktiviti penjaja haram ini juga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai apabila semua petak letak kereta di sini habis dibolot mereka termasuklah kawasan kaki lima untuk meletakkan barang-barang.

Apa yang menghairankan, aktiviti perniagaan ini seolah-olah kebal daripada penguatkuasaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) apabila tindakan demi tindakan yang diambil sebelum ini nyata tidak berkesan. “Memang tak adil, kami kena bayar sewa RM70 sebulan bagi setiap meja di sini tapi penjaja haram pula berniaga percuma,” ujar seorang peniaga, Ah Tan, 43.

Katanya, MPPP sepatutnya perlu mengambil kira kepentingan para peniaga berlesen di pasar besar itu dan perlu bertindak mengikut peruntukan undang-undang demi kepentingan orang ramai. “Kami harap, pihak penguatkuasaan dapat mengambil tindakan tegas ke atas penjaja-penjaja haram itu demi keadilan kami yang membayar sewa setiap bulan,” katanya.

Sumber : Kosmo online

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox