"Kita yakin,PAS dapat mengerahkan lebih 100 ribu ahli Lebih besar dan aman untuk mewujudkan suasana demokrasi.Kita mahu mengelak kejadian tidak demokrasi seperti di Timur Tengah yang menjadikan jalan raya untuk menukar kerajaan.Kita tidak mahu ini berlaku di Malaysia,
Kata-kata di atas merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu mengenai perancangan untuk mengadakan demonstrasi ‘BERSIH 2.0’ yang akan diadakan pada 9 Jul 2011 di Kuala Lumpur. Antara tujuan utama perhimpuan Bersih 2 kali ini adalah mendesak pilihanraya bersih pada PRU-13 akan datang.
Mat Sabu selaku Pengerusi Badan Bertindak Mobilisasi Demokrasi PAS sekali lagi dilihat berupaya untuk menggerakkan gelombang demonstrasi haram berbanding dengan pimpinan PAS yang lain. Justeru, situasi ini sedikit sebanyak memberi kelebihan kepadanya untuk mencapai ‘rating’ terbaik dikalangan calon Timbalan Presiden PAS Pusat pada Muktamar PAS Pusat yang akan diadakan pada bulan Jun akan datang.
“Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang. Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat”. "Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis.”
Saya yakin bahawa tindakan berani PAS ini dibantu oleh beberapa NGO’s dan juga individu yang mahir dalam konteks perundangan Malaysia. Tambahan pula, dengan penglibatan Datuk Ambiga Sreneevasanan yang merpuakan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia dilihat faktor pendorong kepada perhimpunan Bersih 2.0.
Disebalik perancangan demonstrasi ini, bagaiamana pula dengan persediaan pihak keselamatan untuk menghadapi gelombang kedua ini? Adakah Hishamuddin hanya akan mengambil langkah tunggu dan lihat sebagai jalan terbaik untuk mengatasi rungutan rakyat yang tidak berpihak di Kuala Lumpur akibat kebanjiran pendemo-pendemo haram di jalan-jalan raya ibu negara?
Rata-rata golongan peniaga dan pengguna jalan raya di sekitar Kuala Lumpur merungut dengan perhimpunan Bersih yang diadakan pada tahun 2008 akibat kesesakan jalanraya yang sengaja di timbulkan oleh penyokong-penyokong PAS dari seluruh negara. Begitu juga dengan luahan peniaga-peniaga tidak kira pemilik gedung terkemuka mahupun peniaga kecilan yang tidak berpuas hati dengan tindakan PAS menganjurkan demonstrasi haram berkenaa. Ketika itu, punca pendatapan mereka tergendala dek kerana tangan-tangan busuk patakan pembangkang khususnya PAS.
Kebanyakan ribuan pendemo jalanan ini dikerah oleh PAS dari seluruh negara semata-mata untuk menunjukkan kebiadapan mereka terhadap sistem pilihanraya di negara ini. Persoalannya, adakah benar sistem pilihanraya di negara kita sudah semakin teruk seperti yang didakwa oleh pembangkang? Saya melihat ini semua propaganda PAS semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat supaya berpihak kepada mereka.
“Mereka mendesak empat perkara termasuk penggunaan dakwat kekal, media yang bebas, pemansuhan undi pos dan pembersihan daftar pemilih.Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya.Bagaimanapun kali ini kata Mohamad, dua lagi tuntutan ditambah iaitu penyalahgunaan institusi kerajaan secara berleluasa, dan menuntut tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan.
Selain itu, kata-kata Mat Sabu yang menyifatkan kaedah demonstrasi jalanan yang berlaku di Timur Tengah untuk menggulingkan kerajaan dilihat sebagai menghasut rakyat untuk bersimpati dengan perjuangan politik PAS yang jumud dan sempit.
Kejatuhan Kerajaan Mesir dan Tunisia di Timur Tengah disebabkan ketidakpuasan hati rakyat yang berarak di jalanraya disebabkan kelemahan sistem pentadbiran mereka yang tidak mendahulukan rakyat dalam semua aspek termasuk, penyediaan kemudahan infrasktrukur dan juga gagal menangani masalah pengangguran yang meningkat.
Adakah senario di Malaysia sama sepertimana di negara berkenaan? Adakah sistem pilihanraya di Malaysia mendapat bantahan 80% rakyat di negara ini? Yang pasti, rungutan hanya kedengaran dikalangan pimpinan pakatan pembangkang sahaja yang mana tidak mewakili suara majoriti rakyat. Asas ini perlu menjadi kayu pengukur kepada PAS supaya tidak terlalu daif untuk mempengaruhi pemikiran rakyat yang majoritinya sudah berpuas hati dengan tahap penghidupan walaupun terdapat juga kelemahan kerajaan.
No comments:
Post a Comment