PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, April 03, 2012

Gempar! Anwar sedia melakukan sumpah laknat dengan nama Allah

Benarkah Anwar akan melakukan sumpah laknat dengan nama Allah di atas segala skandal moral yang melibatkan dirinya?. Atau sekadar omong-omong kosong bagi menutup masalah moral yang melibatkan dirinya yang sehingga hari ini belum ada  penyudah.


Kata Anwar dia sanggup bersumpah dengan nama Allah untuk menafikan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya terutama sekali isu liwat dan klip video seks dengan pelacur Cina dengan syarat ianya dijalankan di mahkamah syariah.

Bahkan, Anwar dikatakan meletakkan syarat iaitu perbiacaraan dijalankan mengikut sepenuhnya peraturan dan syarat berdasarkan syarak. Maknanya, sebelum melakukan sumpah laknat, Anwar dengan tegas meminta supaya pihak yang membuat tuduhan mengemukakan 4 orang saksi.

Persoalannya bolehkah pihak yang menuduh mengemukakan 4 orang saksi yang mesti memenuhi syarat-syarat yang digariskan di dalam Islam?.

 Nampak gaya ini satu lagi strategi Anwar Al Juburi yang dirancang teliti memandangkan bahang pilihanraya Umum sudah hampir dekat. Dalam masa yang sama, perbincangan telah dibuat antara Anwar dengan tuan-tuan guru PAS termasuk Hj Hadi dan Nik Aziz dan tidak ketinggalan pimpinan DAP  bagi mengekang serangan media terhadap salah laku Anwar.

Sebenarnya Anwar sudah menjangka bahawa strategi baru ini akan berpihak kepada dirinya. Seolah-olah, menafikan sesetengah pihak yang beranggapan bahawa beliau tidak mahu melakukan sumpah laknat.

Akhir sekali,  rakyat akan percaya bahawa selama ini dirinya sengaja dianiaya oleh pihak tertentu sekaligus memberi kelebihan kepada pakatan rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang.

Petikan dari Harakah..

Menurutnya, beliau sanggup bersumpah dan dibicarakan di mahkamah syariah terhadap tuduhan liwat terhadapnya, dengan syarat ia mengikut undang-undang syariah sepenuhnya.

"Saya mencabar mereka memberikan bukti-bukti sebelum menuduh dan mengaitkan saya.

"Saya sedia menerima apa sahaja hukuman jika dibuat mengikut undang-undang yang adil.

"Saya akan tunduk jika mereka boleh memberikan bukti tuduhan terhadap saya.

"Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan," tegasnya diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Malaysia mesti diselamatkan




Ucapan beliau malam tadi merupakan acara kemuncak perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak semalam.


Menurut Anwar lagi, pada 1998, katanya, beliau dituduh dengan kes yang hampir sama.

"Saya telah bertanya kepada ulama-ulama, mereka melarang saya bersumpah.

"Tetapi saya tetap bersumpah, namun saya dipukul dan dipenjarakan.

"Mengapa kes ini dibangkitkan sekarang? Kerana kita maju ke depan. Kamu main drama 'Sivaji The Boss', kita main drama 'Sivaji The Boss'.

"Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan," ulang Anwar sambil disambut temukan gemuruh dan laungan reformasi.

Pada 28 Jun lalu, pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa mantan timbalan perdana menteri itu meliwatnya di Kondominium Desa Damansara, beberapa kali sekitar bulan Jun lalu.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya isu liwat yang mengaibkan itu diselesaikan secara mubahalah atau "sumpah" sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia.

Manakala, Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta mufti Perlis itu tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Dr Mohd Asri tidak dipengaruhi mana-mana badan politik.

Dan semalam, Dr Mohd Asri mencadangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi orang tengah yang akan membawa Anwar dan Saiful untuk "mubahalah" atau 'bersumpah' sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional.

Saya akan bongkar habis-habisan

Dalam ceramahnya juga, Anwar mendakwa beliau tidak mahu isu tuduhan liwat ini menjadi isu peribadi beliau.

"Tetapi (ia) diulang dengan jahat dan (dengan) fitnah yang kejam. Kita tidak terima ini.

"Saya akan bongkar habis-habisan. Siasatan polis tidak seteruk tahun 1998-1999 tetapi akan beri kerjasama penuh untuk siasatan," kata Anwar lagi.

Anwar berkata, jika beliau dipukul, ditangkap dan dipenjarakan lagi, ia tidak akan menyelesaikan masalah.

Beliau bertanya selama enam tahun beliau di dalam penjara, adakah politik baik, rasuah turun dan harga minyak turun?

Anwar menambah, politik sudah tidak terkawal dan kerajaan Pakatan Rakyat mahu memulihkan keyakinan pelabur.

Mengenai dakwaan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamid Albar bahawa beliau memberi maklumat kepada Amerika Syarikat, Anwar berkata:

"Kalau ada bukti saya telefon dan surat yang saya hantar kepada Amerika Syarikat, saya boleh diambil tindakan.

"Jika tidak saya akan saman kamu," katanya disambut tepukan gemuruh pada hadirin.

Anwar juga berkata, beliau sedia berdebat dengan Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai ini berhubung isu kenaikan harga minyak.

Bagaimanapun, katanya, lebih baik debat itu dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak.

4 comments:

  1. Sebab Anuwar tahu Mahkamah Syariah ada kelemahan nya.

    ReplyDelete
  2. Hendak sumpah tapi 'TAPI' apa lagilah nak goreng
    si Anuwar ni...???
    Syarat tu dah sahlah tidak akan menwujudkan 4 saksi ... kawan ada bukti VCD, lagi lebih dari 4 orang boleh tenguk!!!

    ReplyDelete
  3. 4 saksi dlm sistem syariah Islam memang betul, tetapi 4 org saksi yg melihat kejadian dgn mata adalah 4 org saksi ciptaan PAS..sebab itu anwar sokong..

    ReplyDelete
  4. hoi mat sape yg nak memburit depan org...hai dunia2

    ReplyDelete


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox