PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Saturday, March 03, 2012

Sekali lagi Kerajaan PAS Kelantan kena tegur dengan Sultan

Kerajaan PAS Kelantan sekali lagi kena tegur dengan Sultan Muhammad V kerana gagal menggunakan sumber yang ada untuk memberi kemudahan yang lebih baik kepada rakyat. Sepatutnya Kerajaan Negeri mempunyai perancangan jangka panjang terutama sekali melibatkan pengurusan air kepada rakyat.

Titah baginda, pelaksanaan projek-projek oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd kini telah melibatkan kerja-kerja menaik taraf 11 buah loji rawatan air dan pemasangan paip utama sepanjang 500 kilometer yang dijangka siap pada akhir tahun ini.


“Beta mendapat maklum bahawa jumlah penduduk yang menerima bekalan air bersih di negeri Kelantan telah bertambah hampir tujuh peratus pada 2011 berbanding pada tahun sebelumnya,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kelantan Ke-12 Tahun 2012 di Kota Darulnaim di sini, hari ini. Sultan Muhammad juga amat memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar dan guru di sekolah agama kelolaan Yayasan Islam Kelantan.

Baginda melihat kelemahan yang wujud termasuk daripada aspek kemudahan untuk dan bayaran gaji yang setimpal untuk guru-guru. “Beta difahamkan keadaan fizikal sekolah masih banyak yang perlu dipertingkatkan.

“Kebajikan guru-guru masih ramai yang belum dapat menikmati pembayaran elaun berpadanan dengan sumbangan dan pengorbanan mereka,” titah baginda lagi.

Sumber : Khabar KB

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox