PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, March 27, 2012

Hj Hadi mengaku PAS semakin terdesak dan merayu tahap gaban

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru anak Terengganu yang berada di perantauan agar pulang mengundi pada pilihan raya umum nanti.

"Rakyat kena balik, yang jadi pengundi kena balik," ujar Abdul Hadi di hadapan kira-kira 1,000 anak Terengganu di Perantauan (Perantau) yang berlangsung di dewan MPKj, Kajang tengah hari tadi.

Katanya, tenaga mereka ini sangat penting dalam menentukan politik negeri Terengganu selepas ini. Malah katanya, harapan untuk menang agak susah jika anak-anak Terengganu yang berada di luar tidak pulang mengundi di kampung masing-masing.


"Kita merayu bersungguh-sungguh kerana kita bertekad untuk menang di Terengganu kali ini. Kita mahu perintah Terengganu untuk kali ketiga jika kita menang kali ini," katanya.

Malah Abdul Hadi yakin dan percaya dengan kemampuan PAS yang ada di negeri itu sama ada Pakatan Rakyat berjaya atau tidak ke Putrajaya, Terengganu, Kelantan, dan Kedah wajib menjadi model pelaksanaan dasar-dasar Islam.

Abdul Hadi turut mengakui sikap rakyat negeri Terengganu sukar untuk ditafsir dan keadaan ini jauh berbeza dengan rakyat negeri Kelantan yang 'independent'.

"Kita ni, kalau dacing tu sampai ke dalam perut pun dacing. Kena ambil iktibar dari sikap rakyat Kelantan, di luar nampak dacing dalam perut tetap PAS," katanya sambil diikuti gelak tawa para hadirin.

Bagaimanapun, beliau sekali lagi menegaskan PAS akan terus mempertahankan tiga negeri dibawah pentadbirannya dalam PRU akan datang.

"PAS akan jadi seperti ekor cicak yang terputus, jika Terengganu tidak menang dalam masa yang sama Kelantan terlucut. Kita akan terus mempertahankan negeri yang kita perintah," kata beliau.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut dalam ucaptamanya di samping membentangkan Pra Pelancaran Manifesto 'Terengganu Maju: Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan yang turut menggariskan 10 manifesto awal negeri itu.

Tawaran itu, antara lain menggariskan program skim belia atau beliawanis niga melalui penyediaan prasaran dan modal untuk mewujdukan Program Satu Belia Satu Kerja (seorang belia se kerja).

Katanya, dengan memperkenalkan dasar Merakyatkan Ekonomi, kerajaan PAS menyediakan satu tawaran program negeri Terengganu berkebajikan yang ampuh dan berdaya saing serta bersifat 'sustainable' untuk membawa rakyat negeri itu keluar dari kemelut ekonomi di bawah Umno BN.

"PRU nanti adalah masa yang paling sesuai dan tepat untuk rakyat Terengganu berubah. Kerana Umno BN Terengganu kekal mundur dan tercorot, ini adalah kegagalan Umno BN," katanya.

3 comments:

  1. Hj Hadi makin risau sebab Selangor dan Kedah mungkin jatuh ketangan BN kali ini, PRU13.Oleh sebab itu dia berharap sangat2 supaya PAS dapat menawan kembali Trengganu kali ini.Kalau semuanya kecundang maka berakhirlah riwayat PAS disemenanjung buat selama2nya. Tapi jangan salahkan sesiapa tetapi salahkan pemimpin2 PAS yang sudah hilang arah kerana dipermainkan oleh DAP dan PKR.

    ReplyDelete
  2. sokong peliwat akan di lakhnat oleh Allah swt, hj hadi oiii.....

    ambil ikhtibar dari ayat al quran yg menceritakan kisah kaum lut secara berulang2. al quran diturunkan bukan utk menyusahkan tetapi sebagai pedoman hidup.

    adie
    subang

    ReplyDelete
  3. Nik Aziz kata boleh berkawan dengan yahudi tetapi Nasharudin Tantawi kata HARAM berkawan dengan yahudi. Mana satu yang betui ni??? Pening kepala aku nak pakai fatwa yang mana satu. Cer citer kalau ada yang tahu...

    ReplyDelete


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox