PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Tuesday, March 13, 2012

Anwar terus berdiam setelah dikaitkan dengan bantuan perisikan asing

Jika sebelum ini bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari menggesa agar Ketua Pembangkang mengambil tindakan berhubung isu suratnya kepada agensi perisikan antarabangsa, hari ini bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin pula tampil dalam nada yang sama.

Menurut Khairuddin tuduhan serta dakwaan berkenaan adalah satu dakwaan yang berat dan sewajarnya Anwar mengambil tindakan segera bagi membersihkan diri beliau daripada tuduhan tersebut.

Sumber : AIDC.COM

“Walaupun Anwar pada hari ini bukanlah pemimpin yang masih lagi bersih setelah terpalit dengan pelbagai dakwaan lain, sekurang-kurangnya beliau tidak lagi berdepan dengan dakwaaan baru.

“Dakwaaan berkenaan cukup berat kerana ianya dikatakan melibatkan agensi perisikan antarabangsa. Itu soal maruah yang cukup besar dan beliau sebagai sebagai Ketua Pembangkang perlu ambil tindakan sewajarnya.

“Jika Anwar merasakan apa yang didakwa itu tidak betul, kenapa sekadar menafikannya dan bukannya mengambil tindakan segera seperti apa yang dikatakan oleh sahabat saya sebelum ini, Anuar Shaari,“ soalnya.

Sumber : AIDC.COM

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bahawa Anwar menulis surat kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada 2007 mendedahkan Ketua Pembangkang itu pernah meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Surat berkenaan disiarkan menerusi AIDC di www.anwaraidc.com.

Fairus seterusnya menambah hipokrasi pelakon-pelakon yang dianggap panglima pakatan pembangkang semakin terdedah apabila tidak berani untuk memperkatakan soal berkenaan sedangkan itu adalah maruah negara.

“Bagi saya, mereka yang lantang dalam pembangkang ini hanyalah para pelakon semata-mata. Kenapa saya katakan begitu…..Ini kerana mereka sekadar nampak garang apabila melibatkan musuh dan menikus apabila melibatkan pemimpin mereka sendiri. Baik PKR, DAP atau pengikut tegar, Pas. Jika mereka benar-benar ada prinsip, minta perkara itu diambil tindakan segera.

Sumber : AIDC.COM

“Saya pun ingin tahu juga sejauh mana kebenaran dakwaaan berkenaan. Lagi pun bukankah Anwar merupakan pemimpin yang berani dan bertanggungjawab,“ katanya dalam nada sinis.

- UMNO Online

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox