PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, January 17, 2012

Zambry serah kepada polis siasat kes poster dibakar

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung poster wajahnya yang dipasang di kawasan Masjid Tinggi, Bagan Serai di sini, dibakar pihak tidak bertanggungjawab pagi semalam.

Beliau berkata, tindakan pihak tersebut kemungkinan disebabkan kemarahan mereka terhadap perjuangannya untuk membela serta memperjuangkan nasib rakyat supaya sayang dan kasih kepada Barisan Nasional (BN).

“Mungkin pihak itu geram tengok poster yang tertera gambar saya bersama orang tua dan di situ ada tulisan ‘Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir’. Bagaimanapun saya tidak menuduh sesiapa sebab kita tak tahu siapa yang buat.

“Saya serahkan kepada polis untuk siasatan…dia (pihak) yang buat macam itu, orang ramai dapat menilai sikap dan cara kita, jadi orang tahu siapa sebenarnya yang buat perangai macam ini. Saya serah kepada polis untuk siasat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Parit Buntar, hari ini.

Sementara itu, ketika bertemu Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai, Sharudin Ahmad, pada majlis itu, beliau berkata laporan polis berhubung perkara itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Kerian.

- Bernama

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox