PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Sunday, January 22, 2012

Pemilik laman web megaupload didakwa

Laman web megaupload.com ialah Salah sebuah laman perkongsian fail yang popular di dunia telah ditutup. Ini kerana pengasas laman web megaupload itu dan beberapa pegawai syarikat berkenaan telah dituduh menyediakan kemudahan memuat-turun filem, muzik, perisian dan beberapa kandungan lain secara haram ataupun lebih dikenali sebagai cetak rompak.

Pihak berkuasa AS membuat dakwaan kelmarin dan menuduh bahawa megaupload.com telah menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya AS$500 juta iaitu lebih kurang RM1.5 bilion kepada para pemilik hak cipta di seluruh dunia.


Dalam satu kenyataan Jabatan keadilan AS, Kim Schmitz merupakan seorang jutawan jerman atau lebih dikenali sebagai Kim Dotcom, 37, yang merupakan pengasas Megaupload.com dan kini Ketua Pegawai Inovatif laman itu bersama dengan tiga lagi kakitangan megaupload.com telah ditangkap kelmarin di New Zealand.

bbc.co.uk menyatakan,,

The US Justice Department said that Megaupload’s two co-founders Kim Dotcom, formerly known as Kim Schmitz, and Mathias Ortmann were arrested in Auckland, New Zealand along with two other employees of the business at the request of US officials. It added that three other defendants were still at large.

“This action is among the largest criminal copyright cases ever brought by the United States and directly targets the misuse of a public content storage and distribution site to commit and facilitate intellectual property crime,” said a statement posted on its website.

Laman Megaupload adalah unik kerana ia mendapat sokongan daripada selebriti berprofil tinggi, pemuzik dan penerbit kandungan yang kerap menjadi mangsa pelanggaran hak cipta serta cetak rompak.

Sebelum laman itu ditutup, ia mendapat sokongan daripada bintang realiti televisyen AS, Kim Kardashian, penyanyi Alicia Keys dan Kanye West dan beberapa selebriti lain.

Syarikat Megaupload itu menyenaraikan suami Keys, Swizz Beatz yang merupakan seorang pemuzik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.namun beatz tidak dinamakan dalam pendakwaan itu - Reuters

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox