PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, October 05, 2011

Wakil India 'dibakul sampahkan' oleh Anwar untuk menyertai Jawatankuasa Khas Parlimen

Samada perasan atau tidak, keputusan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Rakyat untuk memilih tiga wakil pembangkang menyertai Jawatankuasa Khas Parlimen sangat jelas menafikan hak wakil daripada kaum India dan 'dibakul sampahkan'. Mana tidaknya, pemilihan Azmin Ali (PKR) sudah tentu mewakili masyarakat Melayu, Anthony Loke (DAP) mewakili kaum Cina manakala Dr Hatta Ramli (PAS) juga mewakili masyarakat Melayu.


Justeru di mana wakil kaum India??. Ini persoalannya yang perlu diketengahkan supaya kaum India lebih faham menilai perjuangan sebenar Anwar yang selama ini suka bercakap lembut gigi daripada lidah. Jika diamati, kaum mana majoriti yang masih setia menjadi peguam bela Anwar Ibrahim tetutama dalam kes liwat sejak dari tahun 1998 hingga kepada kes Saiful Bukhari.

Semuanya peguam berbangsa India seperti Sankara Nair dan R Sivarasa bahkan mana ada dikalangan peguam kaum Cina yang ingin memberi khidmat guaman kepada Anwar jika dia dituduh di mahkamah. Masih ingat lagi, sewaktu pembabitan N Gobalakrishnan (PKR) yang kini menjadi wakil rakyat bebas, tidak pernah jemu setia bersama perjuangan Anwar yang akhirnya ditendang terajang begitu saja tanpa sedikit pun perasaan berterima kasih.

Sepatutnya Anwar mencadangkan seorang Wakil Rakyat (MP) dikalangan kaum India dan mengenepikan salah seorang daripada Wakil Melayu samada Azmin mahupun Dr Hatta Ramli untuk menyertai 'committee'. Ini tidak, hidup mati atau jatuh bangun sekalipun, nama Azmin tetap meniti dibibir Anwar Ibrahim untuk diketengahkan.

Perkara ini bukan sengaja diperbesarkan tetapi sudah timbul rungutan dikalangan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat dari kalangan kaum India melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Anwar Ibrahim yang jelas membelakangi kaum India.

Itulah Anwar yang cukup terkenal dengan sikap 'double standard' serta pilih bulu untuk memastikan cita-citanya berjaya. Amat ketara sekali, sikap perkauman yang ditunjukkan Anwar Ibrahim kepada orang India dan mungkin dia (Anwar) beranggapan bahawa pemimpin pakatan dari kaum India 'bodoh' dan tidak perlu diketengahkan.

Manakala pemilihan wakil Cina iaitu Anthony Loke (DAP) sememangnya sudah dijangka kerana DAP boleh dikira 'pendekar' Anwar untuk mara setapak ke Putrajaya. Ini sebenarnya muslihat yang begitu licik dirancang oleh Anwar yang sepatutnya difahami oleh orang-orang India. Jika beliau tidak mengendahkan, permintaan DAP sudah pasti Pakatan Rakyat yang dikemudinya hari ini berjalan agak perlahan. Momentum sokongan orang-orang Cina kepada parti DAP sudah lama diperhati dan ianya tidak perlu dinafikan oleh komponen BN seperti MCA dan Gerakan.

Rumusannya, Anwar beranggapan wakil dari kalangan kaum India dalam Pakatan Rakyat sebenarnya bodoh dan dibakul sampahkan. Orang India pada Anwar tidak ubah seperti hamba untuk mengejar kemenangan pilihanraya disamping menjadi pak turut meskipun kita melihat kaum inilah yang sentiasa membela Anwar ketika menghadapi pertuduhan di mahkamah.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox