Depan pengundi Melayu Nik Aziz akan bercakap panjang lebar serta akan mempertahankan Hudud tidak kira dengan apa cara sekalipun. Namun, jika berhadapan pengundi Cina ataupun India, Nik Aziz hanya memberi gambaran bahawa Hudud dalam perancangan kerana di Kelantan undang-undang ini masih dalam perancangan.
Benar ada pepatah Melayu mengatakan ' mulut manis jubur masam' dan ungkapan ini amat sesuai dan tepat dengan pendirian Nik Aziz yang bersifat bermuka-muka dan menggunakan agama sebagai platform untuk meraih sokongan dan undi.
Ketika berceramah dipentas anjuran DAP di Buntung, Ipoh Perak pada 2 Okt 2011 yang lalu, Nik Aziz langsung tidak menghuraikan dengan panjang lebar mengenai Hudud yang menjadi isu panas sebelum ini. Mungkin saudara pembaca masih ingat, Nik Aziz pernah berkata bahawa orang bukan Islam perlu 'diberi' penerangan secara terperinci mengenai Hudud supaya tidak menimbulkan salah faham.
Namun, ketika bersama Nga Kor Ming (DAP), Ngeh Ko Ham (DAP) serta majoritinya hadirin yang terdiri dari kaum India dan Cina di kawasan Buntung, kenapa Nik Aziz tidak memberi penjelasan tentang Hudud secara terperinci?? Persoalannya siapa yang Nik Aziz lebih takut samada Allah atau DAP???.
Saya dikhabarkan bahawa sudah ada pesanan halus dari pemimpin DAP yang tidak mahu Nik Aziz menjelaskan hukum Hudud ketika berceramah kerana dikhuatiri akan menjejaskan sokongan pengundi India dan Cina kepada PAS pada pilihanraya akan datang.
Maknanya, Nik Aziz yang dianggap alim ulamak serta bertaraf 'Tok Guru' dikalangan ahli dan penyokong PAS memang dengan niat untuk mempersendakan hukum Allah yakni Hudud. Islam mengajar umatnya tentang keberanian dalam perjuangan waima dengan apa cara sekalipun dan apa yang berlaku ini memberi isyarat bahawa Nik Aziz belum layak digelar ulamak kerana perjuangannya meletakkan Islam sebagai dasar hanya dibibir mulut sahaja. Realititnya kuasa menjadi keutamaan ketika ini.
Amat menyedihkan kerana Nik Aziz yang tahu soal hukum hakam agama sanggup berbuat demikian semata-mata untuk memancing undi bukan Islam. Bahkan, beliau sekali lagi sanggup 'diperkuda' oleh dua tokoh sepupu sepapat DAP Perak iaitu Nga Kor Ming dan Ngeh Ko Ham.
Saya malas nak mengulas panjang lebar mengenai isi kandungan video ceramah Nik Aziz di pentas anjuran DAP ini kerana saudara pembaca boleh saksikan sendiri ulasan Nik Aziz berkenaan Hudud..
No comments:
Post a Comment