Cara Kristian menyampaikan dakyah mereka hari ini menggunakan pelbagai kaedah asalkan agenda pengkristianan mereka terhadap umat Islam di negara ini tercapai. Kita pernah dikejutkan dengan beberapa kejadian sebelum ini antaranya kes pengkristianan di gereja DUMC di Damansara yang melibatkan orang-orang Melayu beragama Islam yang kemudiannya diikuti cara pemujukan kepada murid-murid sekolah dan tempat tuisyen dengan cara menghadiahkan kita-kita Bible versi bahasa Melayu.
Sejak dua tiga hari ini timbul pula kaedah terbaru sepertimana yang dipaparkan di beberapa blog di mana mereka menggunakan ayat dalam kitab Bible untuk dijadikan bahan perhiasan dalam rumah. Cara dan bentuk tulisan ayat yang tertera memang seakan-akan sama seperti ayat suci Al Quran tetapi bezanya diakhrii dengan ayat " Surah Injilu Matay" (ayat dalam kotak merah).
Justeru, jika sesiapa ada terbeli atau tersimpan gambar yang dimaksudkan, bolehlah dibuang kerana cara ini memang agak mengelirukan jika kita tidak mengamatinya dengan betul. Mudah-mudahan artikel ini berguna untuk semua pembaca agar diri dan keluarga kita sentiasa terlindung dari bisikan syaitan dan iblis yang tidak berputus asa ingin menyesatkan umat Nabi Muhammad.
No comments:
Post a Comment