Berdasarkan kepada beberapa kejutan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib sejak akhir-akhir ini, trend sokongan Melayu dan India sudah mula kembali memihak kepada BN. Senario ini diakui oleh penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar yang merupakan bekas Timbalan Presiden PKR Pusat.
Katanya, apa yang dilakukan oleh kerajaan kembali normal dan berada di landasan yang betul dan faktor ini turut mendorong peralihan sokongan rakyat yang dulunya bertindak menghukum kerajaan setelah berlaku perubahan besar dalam pilihanraya Umum yang ke-12.
Selain itu, peluang untuk BN mendapat semula majoriti dua pertiga kerusi parlimen kini terbuka luas khususnya di negeri yang majoritinya Melayu dan India. Namun begitu, beliau sukar untuk meramal kedudukan kerusi Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka seperti Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan kerana faktor masalah dalaman yang berlaku dalam komponen itu sendiri turut mempengaruhi sokongan rakyat.
Sebagai contoh, di Pulau Pinang amat ketara sekali sentimen kebencian rakyat kepada Pengerusi Parti Gerakan, Koh Tsu Koon yang sepatutnya mengambil keputusan berundur diri jika mahu BN berjaya merampas negeri itu. Peluang ini perlu dimanfaatkan oleh Koh sekiranya benar Gerakan masih setia dan relevan menjadi komponen BN.
Justeru itu, komponen BN perlu bersedia dan bertolak ansur antara satu sama lain bagi memperkuatkan lagi jentera pilihanraya kerana Pakatan Rakyat sebenarnya tidak kuat. Kekuatan mereka sebenarnya dieksploitasi daripada kemelut dan masalah dalaman yang berlaku dalam komponen BN yang akhirnya menyebabkan berlaku undi protes.
Seperkara lagi yang menarik, pemimpin BN perlu membuang sikap acuh tak acuh dan menganggap diri mereka berada di zon yang selesa sedangkan Pakatan Rakyat sentiasa mengatur strategi untuk meruntuhkan kubu BN. Situasi seperti ini perlu dikekang oleh pimpinan BN supaya tidak ada ruang untuk pemimpin Pakatan Rakyat membuat serangan.
“Kita dapat lihat keadaan semakin baik bagi BN yang dibuktikan menerusi kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini,” katanya.
“Pada 2008, pembangkang sudah berjaya menafikan penguasaan dua pertiga BN dalam Dewan Rakyat. Ini kali pertama berlaku dalam sejarah negara, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga.
“Pada saya, kekalahan BN di banyak kerusi pada masa itu bukan atas sebab pembangkang kuat tetapi kerana berlaku masalah dalam BN sendiri,” katanya.
Dipetik dari : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment