PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Tuesday, September 27, 2011

Semua perlu tutup mulut mengenai Hudud sehingga Rabu, kata Din Batak

Pakatan Rakyat mengeluarkan arahan supaya isu Hudud tidak diulas dalam apa jua bentuk media sehingga mesyuarat tergempar yang akan diadakan pada 28 Sept (Rabu) ini. Arahan ini dikatakan telah dipersetujui bersama antara wakil ketiga parti dalam Pakatan Rakyat melalui S/U Agong masing-masing. Kenyataan ini ditambah dalam sidang video yang dibuat oleh Saifuddin Batak PKR.


Nampak gaya isu Hudud sudah semakin panas sehingga memaksa ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat tidak bercakap mengenainya sehingga tarikh tersebut. Sebenarnya arahan ini hanya dikeluarkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat sahaja tidak termasuk rakyat biasa yang lain. Maknanya, jika media lain selain pembangkang boleh membahaskan isu ini sehingga ke lubang cacing untuk mendedahkan kepada rakyat bahawa isu Hudud merupakan 'turning point' kejatuhan Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang.

Isu Hudud mula mendapat perhatian dan liputan meluas daripada seluruh pendokong media samada pro kerajaan mahupun pembangakang selepas ianya diutarakan oleh Nik Aziz. Alasan Nik Aziz bahawa Hudud di Kelantan tidak dapat dilaksanakan setelah mendapat tentangan daripada Tun Dr Mahathir (ketika itu PM) meskipun semua draf perlaksanaa telah siap sepenuhnya.

Keputusan ini dibuat semasa sidang akhbar yang diadakan di pejabat PAS Pusat jam 2 petang(26 Sep 2011) yang mana DAP diwakili oleh Anthony komunis, PRK diwakili Din Batak manakala PAS pula diwakili Mustapa Ali lalang.

KUALA LUMPUR, 26 Sept: Para Setiausaha Agung PAS, PKR dan DAP dikatakan sebulat suara mencapai kata sepakat untuk mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing agar jangan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehinggalah 28 September ini.

Arahan ini dikeluarkan berikutan pendiriaan bersama yang akan dibuat pimpinan Pakatan Rakyat 28 September nanti dalam mesyuarat mereka.

Sehubungan itu, satu sidang media akan dibuat jam 2 petang ini di Pejabat Agung PAS bagi memaklumkan arahan itu.

Sidang media ini dijadualkan akan diadakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Anthony mewakili Lim Guan Eng kerana Ketua Menteri Pulau Pinang itu kini berada di luar negara.
Isu Hudud telah bergema kembali ekoran cabaran yang dibuat oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata, Kelantan boleh melaksanakan undang-undang itu sekarang kerana beliau sudah tidak menjadi PM lagi.

Kata Mahathir, pemimpin PAS Kelantan sentiasa menyalahkan beliau apabila tidak melaksanakan undang-undang itu ekoran satu surat amaran yang dikeluarkan semasa beliau menjadi PM lalu.
Mahathir meminta Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meminta kebenaran dari Datuk Seri Najib untuk berbuat demikian.

Najib pula dalam jawapannya berkata, beliau tidak akan memberikan kebenaran itu walaupun timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata sedia untuk berbuat demikian.

Sidang akhbar penuh klik DISINI.

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox