PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, September 06, 2011

Kecoh!! PAS buat keputusan hanya beri satu kerusi untuk PKR bertanding di Terengganu

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mendapat satu kerusi sahaja di Terengganu jika benar Pas mahu merujuk pembaha-gian kerusi di negeri ini sebagaimana tahun 1999. Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Azan Ismail berkata, walaupun tidak menafikan pernah dimaklumkan melalui perbincangan tidak formal, namun beliau menganggap ia bukan keputusan muktamad dari Pakatan Rakyat (PR) di peringkat negeri.

Sehubungan itu, katanya, PKR akan mengadakan perbincangan dengan rakan pakatan terutama Pas berhubung ketetapan pembahagian kerusi bagi mendapatkan satu keputusan yang jelas.


“Kita akan berbincang dengan Pas, mungkin selepas hari raya ini. Oleh sebab Terengganu ada lapan Parlimen dan 32 kerusi DUN, saya rasa kedua-dua pihak berlapang dada untuk melihat yang terbaik,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pihaknya mengharapkan keseimbangan pembahagian kerusi memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah pilihan raya umum pertama yang menyaksikan PR bertanding melawan Barisan Nasional (BN).

Katanya, ahli parti juga tertunggu-tunggu berhubung pembahagian kerusi sambil menyifatkan keseimbangan pembahagian kerusi akan menunjukkan satu kerjasama yang baik dalam PR.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun yakin dengan kepimpinan di bawah Pesuruhjaya Pas Terengganu yang baru, Mohd Abdul Wahid Endut yang lebih terbuka dalam membincangkan isu itu.

“Kita melihat kepimpinan tertinggi (Pas) di peringkat negeri bersikap terbuka dan berharap walaupun tidak mendapat beberapa kerusi tetapi dapat memenangi, menawan hati rakyat Terengganu,” katanya.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox