Lebih 50,000 rakyat Kelantan menyambut Perdana Menteri sempena lawatan seharinya ke negeri Kelantan semalam. Sejumlah 25,000 menunggu Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh sejak awal pagi, 15,000 di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan The Red Warriors di Sekolah Kebangsaan Machang I dan 10,000 pada jamuan rakyat di perkarangan Wisma Persekutuan.
Sambutan yang amat mengejutkan semua pihak terutama Najib sendiri. Di sebuah negeri yang dikuasai pembangkang - Pas sejak 21 tahun lalu, secara tiba-tiba memberi sambutan yang amat hebat.
DS Najib sendiri beberapa kali menyebit perkataan 'teruja' dengan sambutan yang diluar dugaan. Apakah ini satu petanda perubahan atau pun sebaliknya. Harus diingat Kelantan terkenal dengan wayang kulit, mungkinkah ini hanya sebahagian daripada wayang-wayang tersebut. Dan seperti biasa, setiap kali ada program besar membabitkan Perdana Menteri atau Barisan Nasional (BN) maka Pas sepantas kilat mengadakan program balas.
Pada masa yang sama Jamuan Rakyat sedang berlangsung, khabarnya ada program khas yang dinamakan Munajat Jatuhkan Kerajaan Jahiliyah (pada asalnya pelancaran Bersih 2 tetapi ditukar pada saat akhir kerana takut ditangkap) yang turut menampilkan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu dan dua naib presiden, Mahfuz dan Husam.
Tetapi kehadiran amat menyedihkan, lebih kurang 1,000 orang sahaja. Hanya satu peratus daripada jumlah kehadiran di majlis Perdana Menteri. Jika dibandingkan dengan sebelum ini, jumlah terbalik, 10,000 di program Pas, 1,000 di program BN.
Perlu diingat penceramah pada majlis di Pasir Mas itu itu adalah orang nombor dua Pas dan barisan pimpinan yang dikatakan amat hebat untuk membawa perubahan kepada Pas.
Apakah ini petanda rakyat Kelantan berubah? atau mungkinkah ini tanda protes rakyat Kelantan selepas pengguguran dasar Negara Islam dan digantikan dengan Negara Berkebajikan.
No comments:
Post a Comment