PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Thursday, June 30, 2011

Rakyat Kelantan bangkit menentang berSHIT 2..!

Demi keamanan negara, seramai 100 orang daripada beberapa NGO Kelantan berdemonstrasi kerana membantah perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Antara pertubuhan berdemonstrasi ialah Persatuan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Parti Pencinta Alam Semulajadi, Persatuan Pemandu Teksi Kelantan dan Persatuan Orang Muda Anti Korupsi mengadakan satu demonstrasi secara aman menggesa pihak berkaitan menghentikan perhimpunan Bersih itu.

Demonstrasi aman itu berlangsung kira-kira 45 minit bermula pada pukul 2.30 petang di hadapan Ibu Pejabat Pas Negeri, dekat sini dengan dikawal rapi oleh beberapa anggota polis.

Beberapa sepanduk dan kain rentang dibawa oleh ahli-ahli berkenaan yang antaranya bertulis ;Anwar Ibrahim Petualang Islam; ;Siapa ambiga perosak Islam juara memurtadkan orang Islam. Hairan parti yang mendokong Islam sanggup bersekongkol dengan pelacur Islam ini; ;Kami tentang bersih yang kotor; ;Tok guru gi buak umrah sebab toksir terlibat dengan bersih tak kan puak pas tok sedar lagi; ;Pas jangan jadi kuda dap dan anuar ibrahim; dan ;Kami tak rela negara kami diancam langkah mayat kami dulu;.


Ahli Jawatankuasa Perkasa Parlimen Pasir Mas/Rantau Panjang, Mohd Noor Ismail yang mengetuai demonstrasi itu berkata, Ngo Kelantan masih berharap pihak berkaitan yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan itu agar segera membatalkannya kerana sedar banyak implikasi buruk akan berlaku daripada perhimpunan itu.

"Pihak Ngo meminta pihak berkaitan membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan itu, kita tidak mahu negara kita huru hara sebab sebelum ini kita hidup dalam keadaan aman damai bahkan rakyat negara luar juga datang mencari rezeki di sini," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pemimpin Islam terutama pemimpin Pas yang menyokong perhimpunan itu juga diharap membuat kaji selidik dan memikirkan kembali apakah kesan daripada perhimpunan itu yang kini mendapat bantahan daripada pelbagai pihak dan masyarakat seluruh negara.

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox