PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Tuesday, June 28, 2011

Perjanjian haram antara kerajaan PAS Kelantan dengan pemaju Liziz Standaco

Kerajaan Pas Kelantan diminta supaya menjelaskan perjanjian yang dibuat antara mereka dengan Liziz Standaco Sdn Bhd yang membangunkan kawasan Lembah Sireh. Difahamkan perjanjian tersebut bermula pada tahun 2003 dan mengambil masa dalam tempoh 11 tahun untuk menyiapkannya dengan beberapa syarat.

Liziz mendapat hak untuk membangunkan tanah seluas 1,000 ekar di Kota Bharu untuk dijadikan sebagai bandar baru termasuk waterfront rujuk ..>DISNI<.. Syarat yang pertama, Liziz perlu membina sebuah jambatan daripada Palekbang ke Kampung Cina dengan kos sebanyak RM20 juta. Jika jambatan ini dimasukkan di bawah Rancangan Malaysia maka syarikat tersebut perlu membayar jumlah kos tersebut kepada Kerajaan Pas Kelantan.

Syarat yang kedua, Liziz juga perlu memperbesarkan jambatan Sultan Yahya Petra yang melibatkan kos sebanyak RM20 juta dan jika ia dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat maka wang kos tersebut perlu diserahkan kepada Kerajaan Pas Kelantan.

Syarat yang ketiga, Liziz perlu membina sebuah masjid yang boleh menampung jemaah seramai 2,000 orang. Masjid tersebut dikatakan menjadi mercu tanda baru dan masjid negeri.

Syarat yang keempat, Liziz perlu membina ruang niaga kepada petani di kawasan tersebut sebagai ganti rugi kepada peniaga terbabit disamping bayaran pampasan dalam jumlah tertentu.

Bagaimanapun dalam tempoh beberapa tahun sebelum perjanjian itu tamat, tidak ada sebarang tanda-tanda Liziz akan melaksanakan semua janji itu.

Nampak gayanya sekali lagi Nik Aziz dan pemimpin Pas kena kelentong dengan syarikat Cina. Semua tanah di kawasan tersebut telah dijual kepada Liziz dengan harga amat rendah kerana percaya dengan janji tersebut.

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox