Bersih kali ini terpaksa berhadapan dengan sekumpulan besar Pertubuhan PERKASA Malaysia, Persatuan Seni Silat Lincah Malaysi (PSSLM) dan juga Patriot yang dibarisi kumpulan pemudan UMNO. Kesemua ahli pertubuhan ini mempunyai bilangan ahli ratusan ribu di seluruh yang dipercayai akan turut serta dalam perhimpunan 9 Jul 2011 akan datang. Walaupun berbeza angkatan, namun tujuan mereka adalah sama iaitu untuk mematahkan penganjuran Bersih 2.0.
Sekiranya ini berlaku saya percaya sudah tentu akan berlaku 'provokasi' antara peserta perhimpunan yang tidak dapat dikawal seterusnya mencetuskan suasana tegang dan huru hara di ibu negara pada 9 Jul 2011 nanti.
Jika berlaku sedemikian, mungkin akan berlaku banyak tangkapan oleh pihak berkuasa tidak kira mereka itu dari kalangan pro pembangkang mahupun yang pro kerajaan. Manakala pemimpin mereka pula bakal berdepan dengan ISA kerana undang-undang ini jelas digunapakai untuk menjaga kepentingan awam daripada digugat oleh mana-mana pihak seterusnya menjurus kepada huru hara dalam negara.
Berikut adalah beberapa petikan yang sempat saya petik dalam Utusan Melaysia hari ini yang jelas berupa hasutan kepada rakyat supaya menyertai perhimpunan Bersih 2.0. Antaranya...
1) Petikan ucapan Ambabiga ketika berucap pada pelancaran Bersih 2 di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur pada 19 Jun 2011 :-
"Bersih akan tetap dilakukan walau apa jua halangan yang timbul"
2) Petikan ucapan Mat Sabu - Timbalan Pengerusi Bersih 2 ketika berucap pada majlis pelancaran Bersih peringkat Negeri Kedah di Kompleks PAS bATU 9. Kota Sarang Semut pada 13 Jun 2011 :-
" Menyeru penduduk sekitar Kedah datang awal pada perhimpunan Bersih dengan memakai baju T berwarna kuning "
3) Petikan ucapan Nurul Izzah - Naib Presiden PKR ketika berucapan pada pelancaran Bersih 2 di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur pada 19 Jun 2011 :-
" Rakyat perlu ambil semangat rakyat Mesir di Dataran Tahrir pada perhimpunan Bersih kali ini "
4) Petikan ucapan Nizar DS Nizar Jamaluddin -AJK PAS Pusat ketika berceramah di Staduim Jugra, Teluk Datuk, Banting pada 12 Jun 2011 :-
" Peserta perhimpunan Bersih 2 akan diberi RM50.00 sebagai tambang bas dan semua penyokong Pakatan Rakyat perlu menyertainya"
Petikan di atas hanya segelintir dari kalangan pemimpin pembangkang tidak termasuk Ketua Serikandi dan juga lain-lain. Begitu juga dengan pertubuhan yang berpihak kepada kerajaan seperti PERKASA, Patriot dan PSLLM tidak dinyatakan secara nyata dalam artikel ini. Pun begitu, mereka juga turut melakukan perkara yang sama untuk mengerahkan semua ahli turun ke Kuala Lumpur pada 9 Jul 2011 bagi menentang demo haram Bersih 2.0
DAH LAMA RAKYAT MENUNGGU KERAJAAN MENGENAKAN ISA KEPADA PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG SEMAKIN MELAMPAU UNTUK MENCETUSKAN HURU HARA DALAM NEGARA. NAH..! MEREKA TERPAKSA PULA BERDEPAN DENGAN RATUSAN RIBU AHLI-AHLI PERKASA, PATRIOT DAN PSLLM. INI TIDAK TERMASUK DENGAN BEBERAPA NGO LAIN SEPERTI PEKIDA DAN SEBAGAINYA...@
No comments:
Post a Comment