PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Saturday, June 25, 2011

PAS : Akbar Utusan dibakar tetapi video seks Anwar "dijilat"

Perbuatan biadap segelintir penyokong PAS yang berkumpul selepas selesai solat Jumaat untuk mengadakan adengan membakar akhbar Utusan Malaysia di Masjid Jamik Kg Baru, Kuala lumpur adalah sesuatu yang memalukan umat Islam keseluruhannya. Beginilah jadinya apabila pengikut PAS ditarbiyah secara jumud yang hanya befikir di luar kotak meskipun mereka tahu Islam itu adil dan syumul kepada penganutnya.

Kejadian membakar Utusan Malaysia ini dilakukan serentak di tiga negeri iaitu di Kuala Lumupur, Terengganu dan juga di Perak. Tindakan terkutuk oleh pengikut PAS ini dikatakan berpunca perasaan tidak puas hati terhadap artikel kartun yang didakwa telah menghina Islam. Adakah ini yang diajar oleh Nabi kita junjungan besar Muhammad SAW?

Kenapa begitu sempit pemikiran pemimpin-pemimpin PAS yang menghasut pengikut mereka sehingga sanggup melakukan perbuatan sedemikian. Kenapa dalam masa yang sama mereka tidak bersungguh-sungguh menyeru penyokong mereka supaya mendesak Anwar Ibrahim mengaku bahawa beliau adalah pelakon seks dalam video yang kini sudah disahkan ketulenannya termasuk dua pakar dari Amerika?

Hari ini rakyat sudah muak dengan dakyah berpura-pura yang dibawa oleh PAS kononnya berjuang atas dasar Islam. Hanya bagi mereka yang buta hati masih bersama-sama dalam parti itu yang tidak lagi berada di landasan sebenar. Begitu jauh terpesong demi matlamat kuasa.




Di Kuala Lumpur, diketuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ahmad Sabki Yusof, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baru. Menurut ketua penerangannya Herman Samsudin, menariknya, terdapat peserta yang tidak membakar keseluruhan akhbar itu tetapi halaman kartunnya saja yang menjadi mangsa. Dalam demonstrasi tadi, Ahmad Sabki ada menyebut bahawa karikatur (itu) telah melakukan kesalahan besar kepada umat Islam dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) perlu mengambil tindakan dengan menggantungkan permit Utusan Malaysia," katanya.

Sementara itu, di Ipoh, dua ratus orang hadir perhimpunan anjuran dewan Pemuda PAS negeri di pekarangan Masjid negeri, Masjid Sultan Idris Shah II.Penolong Setiausaha Pemuda PAS negeri Safizal Saleh berkata, himpunan hampir 30 minit itu diwarnani dengan pelbagai sepanduk mendesak Utusan segera memohon maaf. Bagaimanapun, tambahnya, pihak polis mengarahkan agar himpunan tersebut dihentikan.

Di Terengganu pula, difahamkan terdapat perhimpunan dibuat di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu yang disertai ketua Pemuda PAS negeri Mohd Nor Hamzah. Kontroversi kartun dua panel itu bermula apabila sebuah dialog berhubung penolakan telefon bimbit sebagai bahan bukti dalam kes rogol menjadi pertikaian. Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya besi.”

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox