Laporan polis membantah perhimpunan yang kononnya Bersih sudah melebihi angka seribu setakat hari ini. Laporan ini antara lain bermotif menentang sekeras-kerasnya pengajuran Bersih 2.0 pada 9 Jul 2011 yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk NGO's, persatuan, individu serta parti politik.
Apa yang berlaku merupakan satu sejarah dalam kancah politik negara kerana begitu banyak sekali laporan polis dibuat untuk menentang penganjuran Demo Bersih 2.0 disamping menyeru kepada pihak berwajib (KDN) mengenakan tindakan tegas terhadap penganjur.
Justeru itu, bagaimana pula dengan tindakan yang bakal dilaksanakan oleh pihak Polis berdasarkan laporan yang dibuat? Adakah pihak KDN sudah bersedia menghadapi gelombang perhimpunan haram oleh juak haprak pembangkang yang kononnya ingin menuntut diadakan pilihanraya bersih.
Adakah negara kita masih tidak bersih dalam mengadakan sesuatu pilihanraya sehingga tumbang beberapa buah negeri ke tangan pembangkang pada PRU-12 yang lalu seperti Pulau Pinang, Kedah , Perak (hanya 11 bulan) dan Selangor. Begitu juga dengan senario yang berlaku dalam PRU Negeri Sarawak yang lalu yang menyaksikan kebangkitan rakyat untuk menyokong pembangkang sekaligus berjaya merampas banyak kerusi yang dulunya menjadi hak milik komponen BN.
Berita lanjut baca >DISINI<
No comments:
Post a Comment